Sabtu, 14 November 2009

Kisah Harithah dan Abu Hanifah

Kisah Harithah :



Suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada seorang sahabat yang bernama Harithah berkaitan dengan iman yang ada padanya...



Jawab Harithah, "pada pagi ini imanku berada dikemuncaknya"...Rasulullah bertanya, "kenapa Engkau berkata demikian"...Jawab Harithah,.."Pada pagi ini bila aku bangkit, aku mendongak ke langit dan aku dapat melihat arasy Allah...Kemudian aku juga melihat ahli syurga yang sedang bersenang-senang di dalamnya...Kemudian aku melihat ahli neraka yang sedang memekik-mekik, meraung-raung..meminta tolong.."



Kisah Abu Hanifah :

Bila ditanya kepada beliau berkenaan hari yang paling gembira buatnya..kata Abu Hanifah, "Hari yang paling gembira bagiku adalah bila mana aku bangkit di pagi hari, tiada apa-apa untuk aku makan, tiada apa yang ada untuk aku belanjakan.Hari itu meruapakan hari yang paling gembira buatku kerana pada waktu itu pergantunganku yang hanya pada Allah menjadi lebih teguh dan kuat"

Khamis, 12 November 2009

Catatan duka dan harapan

Panggilan telefon dari seorang rakan karib lama lewat petang ini benar-benar menggusarkan lubuk hati ini. Minda pun mula memproses sesuatu dalam keadaan bercelaru dan berat sebagaimana sebuah komputer memiliki RAM 512 Mb dengan Windows Vista Home Basic....Bagaimana perlu dibantu temanku ini....


Inilah luahan hati seorang isteri ...
"Kalau ada masa lapang , suami banyak habiskan masa untuk tidur aje..kerja rumah yang banyak susah dia nak tolong. Pendidikan anak-anak tidak dihiraukan, semuanya harapkan saya je..Saya rasa sangat penat....setiap hari balik kerja dah dekat kul 6.00...yang saya rasa sangat sedih, nak ajar anak baca iqra' pun tak boleh nak harap....kami sama-sama kerja cari nafkah hidup patutnya pasal pendidikan anak-anak dan kerja rumah kena saling tolong menolong...saya sangat risau masa depan anak-anak......Saya sendiri sebenarnya kurang masa bersama anak-anak, keluar pagi, balik dah dekat malam...anak-anak nampak semakin susah untuk ditegur dan dididik..."


Entahlah....apa yang patut saya katakan.....fikiran menjadi buntu...


Rata-rata hari ini kebanyakan isteri sama-sama mencari nafkah hidup untuk keluarga. Mencari nafkah keluarga di era ini biasanya tidak hanya terpikul di bahu suami. Isteri sama-sama keluar rumah untuk bekerja. Kebanyakan para suami memang menggalakkan isteri bekerja untuk menikmati hidup yang lebih selesa. Di pihak isteri pula, mungkin mereka lebih cenderung untuk bekerja agar ekonomi keluarga lebih kukuh dan menjamin masa depan yang tak pasti.....

Amat menyedihkan bila isteri yang bekerja tidak mendapat kerjasama suami dalam urusan di rumah dan pendidikan anak-anak. Anak-anak adalah permata berharga, harta kita dunia dan akhirat...jika tidak diambil perhatian yang serius mendidik mereka...kesusahan akan berbalik pada kita juga satu hari nanti bila mereka sudah meningkat dewasa, "meluntur buluh biarlah dari rebungnya". Saya sendiri merasa susah hati bila menyentuh soal mendidik anak.....hanya doa dan bantuan Allah diharapkan sentiasa.


Pada teman di kejauhan itu, saya hanya mampu minta dia bersabar dan mengirimkan sms berupa nasihat dan dorongan. Moga Allah membantu dan memberinya jalan keluar dari segala permasalahan yang dihadapi...

Rabu, 11 November 2009

Hari Kualiti MRSM Gerik 2009

Gambar kenangan bersama rakan-rakan


Hari Kualti MRSM Gerik 2009 diadakan di Dewan Persidangan
Gerik pada 6 November 09. Tahniah kepada semua kawan-kawan yang telah menerima anugerah,

Sabtu, 7 November 2009

Terima kasih abah dan anak-anak


Terima kasih pada abah dan anak-anak yang telah menghadiahkan kek buat ummi. Moga Allah melapangkan rezeki buat abah dan anak-anak. Syukur pada Allah kerana masih memberi kesempatan waktu untuk bersama keluarga hingga ke saat ini. Suatu yang pasti, cuma kita tidak tahu bila masanya kita akan dijemput Nya. SEmoga Allah memberkati usia kita....


Kenangan 2009

Lawatan Homeroom ke Taiping

Perancangan hanya bermula 5-6 hari sebelum lawatan iaitu semasa sesi perjumpaan persatuan puteri Islam bersama rakan seperjuangan, ustazah gie. Homeroom Salim Maula dan Amru As akan mengadakan lawatan ke Taiping. Pada mulanya tujuan utama hanyalah untu bawa anak-anak homeroom makan ...tapi seorang teman memberi cadangan agar kami singgah di Kuala Gula yg terletak di batu kurau. Kami cuma surf internet untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kuala Gula yang menjadi tempat persinggahan burung2.


Kami sama-sama bertindak untuk membuat surat permohonan dengan pihak pengetua dan perkara-perkara lain yang patut dibuat setelah mendapat kelulusan. Dengan izin Allah, perancangan kami dipermudahkan NYA. Pada 26 Oktober, lebih kurang 2.30 petang kami bertolak...


Tiba di Kuala Gula lebih kurang pukul 5.30...Bukan kami sahaja yg tak pernah sampai di Kuala Gula ni tapi Abg Rani an Abg Mail, pemandu bas kami juga tak pernah datang ke sini...sampai di Kuala Gula....????...seorang ibu kepada pelajar kami menghubungi kami dan meminta kami tunggu di depan satu bangunan berdekatan KUala Gula...Kami mendapat maklumat dari ibu pelajar berkenaan tentang perkara yang sebenarnya.....Rupanya kalau hendak tengok burung di kuala Gula kena hubungi dulu pihak yang berkenaan kalau tidak tak dapat masuk...dan hanya boleh masuk waktu pejabat...akhirnya kami patah balik menuju ke Taiping Central untuk sesi makan di sebuah restoran. Terima kasih kepada mak amira yang telah bersusah payah membantu kami membuat tempahan makanan....




Kenangan indah bersama teman bicara hati...yang bakal berpindah tak lama lagi....kehilangan pasti akan dirasai...namun itulah sunnatullah..pertemuan akan berakhir dengan perpisahan..Kenangan hampir 9 tahun bersama akan sentiasa terpahat di hati...Moga berbahagia di tempat baru...





Nazeefah turut sama menyertai lawatan ...





Puteri homeroom salim maula









Putera homeroom Salim Maula


Kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat illahi kerana telah mengizinkan kami mengadakan lawatan ini. Ianya sangat bermakna... lebih kurang jam 10.00 malam kami tiba semula di maktab.

























Khamis, 29 Oktober 2009

Rasa hati seorang guru

Hari ini semasa proses P&P sedang berjalan di dalam kelas, saya lihat skrin komputer seorang pelajar sedang berada di myspace dan kelihatan gambar seorang pelajar perempuan sedang terpapar di skrin...lantas saya menegur beliau, kamu buat apa tu? Dia segera minimizekan window my space. lalu saya restore balik dan gambar tadi kelihatan semula di skrin...
Dengan rasa hati untuk mendidik...saya meminta semua pelajar beri perhatian pada apa yang saya ingin sampaikan...
"kamu semua perlu ada tujuan dan matlamat hidup...apa yang kamu nak jadi di masa depan, kamu perlu rancang mulai dari sekarang. Jika kamu tiada perancangan, sudah tentu kamu akan buang masa....kepada pelajar lelaki, kamu perlu sedar..menatap wajah perempuan yg bukan mahram kamu adalah satu dosa...jangan kamu main-main dengan dosa...lebih baik kamu tatap wajah ibu atau ayah kamu, kamu akan dapat pahala...kepada pelajar puteri...jagalah maruah diri kamu..jangan senang-senang saje kamu paparkan gambar kamu di myspace...apa tujuan kamu..?"
.......harapanku agar para anak didik mrsm gerik mempunyai matlamat hidup dan menyedari hakikat kehidupan..
Di situasi yang lain pula,,...datang 2 orang pelajar puteri hendak berjumpa dengan saya. Assalamualaikum cikgu...cikgu ada buat usrah tak ?buat masa sekarang cikgu tak ada handle mana-mana kumpulan usrah..dulu ada...batch f3 yg dah keluar...kenapa..? kamu berminat nak join usrah ke?ya cikgu. kalau macam tu, kamu cari beberapa orang pelajar, kita boleh mula minggu depan. Berapa orang cikgu ? paling ramai pun 6 cukuplah...

Usai pelajar2 tersebut beredar, saya berasa agak terharu. Bagus pelajar tadi...ada dihati mereka untuk join usrah..teringat pada sejarah lalu...melalui usrahlah banyak perkara yang saya pelajari...terutama persoalan berkaitan dengan iman dan Islam...

Betapa pentingnya pengetahuan...seseorang itu bukannya muslim kerana kedua ibu bapanya muslim tetapi seorang itu menjadi muslim dengan adanya pengetahuan. Buku 'manhaj hidup muslim' dan 'asas-asas Islam' adalah dua buah buku yang amat bermakna buat saya. Ia memberi penerangan yang jelas tentang maksud Islam dan erti kata Islam yang sebenarnya...
Hanya dengan pengetahuan kita dapat merasai ketinggian Islam dan betapa berharganya nikmat iman dan Islam yang ada pada kita...Sesungguhnya ia lebih berharga dari dunia dan isinya...Syukurpada Rab dan illah kita kerana memberi nikmat iman dan Islam pada kita untuk dirasai....

Sabtu, 26 September 2009

Hari Lebaran 1430H

alhamdulillah..Allah masih memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga. Hari Lebaran disambut seperti biasa..cuma rasa bimbang jika berlalunya ramadhan tanpa mendapat keampunan dari Allah. Malanglah nasib insan jika tidak mendapat keampunan dari Allah dengan berakhirnya ramadhan..Harapan yang tinggi digantungkan pada Allah agar diampunkan segala dosa...Moga dipanjangkan usia dan diberi kesempatan waktu untuk bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang..Amin.

Pagi syawal di rumah bonda...
Aiman dan Aqil ikut pergi solat sunat hari raya di masjid Telipot. masjig Telipot dibanjiri ratusan insan..sampai dijalan..kami tidak mendapat tempat di dalam masjid kerana sampai agak lambat. Im dan kak ngah pula ikut tokbah pegi solat di surau berdekatan...mereka nak dengar ayah su baca khutbah..baca khutbah raya sejak 2-3 tahun ni diamanahkan pada hakim(ayah su), satu-satunya adik lelaki yg belajar di sekolah agama, Maa'had Muhammadi...,kini meneruskan pengajian di Pulau Pinang.

Hari raya diisi dengan program ziarah, dari pagi sampai petang.Petang pula ke rumah bonda di PCB...

Rabu, 16 September 2009

Forum Ad deen

Satu malam di bulan Ramadhan, di radio IKIM, forum addeen sedang ke udara...
Antara isi penting penyampaian oleh 2 orang panel :

Ustaz Zul Ramli :
Manusia tidak pernah rancang untuk gagal, cth : institusi keluarga yg runtuh, anak yg sengsara, bapa tak pernah rancang unruk anaknya gagal, organisasi dl, mereka tak pernah rancang untuk gagal tetapi sebenarnya mereka gagal merancang….


Perlu tetapkan matlamat….nak dekat dengan Allah
Nafsu yg biasanya merosakkan

Pesan Rasulullah pd Abdullah Ibnu Umar:
Dalam kehidupan dunia ini jadilah kita sebagai orang dagang
Jadilah seperti orang yg sedang melintas jalan...

Nafsu sentiasa membinasakan : kerana nafsu, gagal qiamullail, gagal buat perkara baik

Nak buat baik, kalau pagi jgn tunggu ptg, kalau petang jangan tunngu pagi

Kisah gout:





Ustaz Zahazan:
Iman tak cukup dengan ilmu, perlu Ilmu amal zikir fikir


Seperti nak masuk universiti ada bbrp kritirea diperlukan seperti juga nak masuk ramadhan.
Ilmu, amal, zikir dan fikir

40 hari tak dengar perkara kebaikan agama : hati mati
Jangan rosakkan uasa semsa berbuka.

Isnin, 14 September 2009

Virus Sakit Mata Merebak

Petang semalam saya ambil najihah dari sekolah, kelihatan mataya kemerahan. Kak ngah sakit mata rupanya, patutlah pagi tadi nampak lain macam matanya. Im memang tak pegi sekolah hari ni sebab sakit mata. Kami terus menuju poliklinik azhar untuk dapatkan rawatan. lamanya menunggu giliran...rasanya hampir 2 jam menunggu giliran jumpa doktor. Kami menunggu dengan sabar. Kak ngah sampai tertidur. Mata saya pun rasa lain macam saje. Gatal dan pedih..rupanya saya juga kena sakit mata. Dr bagi mc 2 hari. Balik rumah tengok mata aqil pun merah juga. Harap dapat pegi sekolah hari rabu nanti sebab ada urusan sekolah yang belum selesai. Hari Rabu malam pula man dan abah pula yang kena. Jadi di akhir ramadhan ni seluruh keluarga kena sakit mata...dengan izin Allah.


Jumaat, 11 September 2009

Cinta di rumah Hassan Al Banna

22 Ramadhan 1430

Selesai menghabiskan bacaan buku 'Cinta di rumah hassan Al Banna', mataku berkaca. Kelemahan diri begitu terasa. Malu rasanya aku pada Allah...Aku merasakan komitmenku sangat lemah dalam mendidik anak-anak seperti yang dikehendaki Allah dan diamalkan oleh Rasulullah . Rasa berdosa pada anak2, maafkan umi, im, kak ngah, man dan aqil.Lantas aku memanjatkan doa kepada pemilik hati ini.."ya Allah pimpinlah aku , bantulah aku, dan berikan kekuatan padaku untuk mendidik anak-anakku menjadi insan mulia disisiMu. Ya Allah panjangkan umurku dan suamiku agar kami berpeluang mendidik anak-anak kami seperti yang Engkau kehendaki "..Amin.

"Hasan al-Banna di mata anak-anaknya adalah orang tua yang telah memberikan cinta tulusnya kepada mereka semua. Bagaimana kelembutannya, kehalusannya, usahanya untuk tidak menyakiti anak-anaknya, semuanya menjadikan mereka anak-anak yang mudah diatur dan menurut. Inilah yg dikisahkan Saiful Islam, ketika dia mengatakan, "Ayah-semoga Allah merahmatinya-sangat lembut perasaannya. Dia sangat memelihara perasaan anak-anak dengan begitu berhati-hati. Dia mempunyai kemampuan yang membuatkan kami patuh tanpa perlu diperintah untuk mentaatinya. Kami menganggapnya sebagai seorang yg berwibawa yg menyebabkab kami senang mengikuti keinginannya dan tidak mahu melawannya" --Cinta di rumah Hassan Al Banna

Rabu, 9 September 2009

Ramadhan kali ini

Program TV9 tanyalah ustaz...
Ada sahaja kesempatan waktu, saya insyaAllah akan membuka channel TV9 seawal jam 6.30 pagi...siri ini disiarkan setiap hari sepena ramadhan ini dari jam 6.30-7.30..Alhamdulillah, banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam rangka kita hendak meningkatkan ilmu pengetahuan yang menjadi syarat penting untuk kita memahami Islam dengan lebih baik. Penyampaian dari Dr Abdul Basit telah memberi kesan kepada saya sendiri, beliau berkata, "Di bulan Ramadhan ini , bacalah alQur'an, biarlah bulan ini kita boleh khatam qur'an...", bukan tidak biasa dengar peringatan sebegitu, tetapi kata2 Dr Abdul Basit di pagi awal ramadhan kali ini sangat menyentuh hati kecil saya...lantas saya berazam untuk khatam al qur'an di bulan ini...dengan pelbagai kerja rumah yang ada....kepada Allah digantungkan pengharapan agar dimudahkanNya segala urusan agar dapat khatam alqur'an di bulan ini....

Perbincangan yang menarik

Hari ini ada perbincangan yang menarik dengan ida(guru bahasa melayu). Ida ada hajat nak buat buletin untuk sekolah. Saya amat tertarik dan gembira dengan hajat hati ida tu. Bolehlah nanti kita berkarya untuk masuk dalam buletin sekolah, kata saya pada ida. saya minat menulis sesuatu walaupun diri ini sebenarnya tak berapa pandai berkarya tetapi minat ada.Kata saya pada ida, nanti ida kena buat tema baru senang nak fokus...

Menulis sesuatu rasanya dapat memberi kepuasan pada diri. kadang-kadang isi hati tak dapat diluahkan dengan kata-kata tapi dapat diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Itulah sebahagian dari nikmat pancaindera kurniaan Allah pada kita. Tak dapat diungkapkan dengan lidah, ada tangan dan jari jemari untuk luahkan isi hati, pandangan atau pendapat.

Sementara menunggu kelas pukul 12.40 kami sempat menjenguk sekejap ke blog genta rasa ustaz pahrol. saya sempat bagitau ida mengenai blog ust pahrol yang padat dengan pengisian untuk jiwa kita kerana artikel yang terkandung di dalamnya berkait rapat dengan kehidupan kita seharian. Sesungguhnya banyak perkara yang perlu dipelajari...teringat pula kata-kata As syahid Hassan Albana, "sesungguhnya kewajipan yang perlu kita tunaikan lebih banyak dari masa yang ada". Betapa berharganya masa.....moga Allah sentiasa memberi kita petunjuk, taufiq dan hidayah agar kita sentiasa dapat memanfaatkan masa yang masih ada pada kita yang bila-bila masa sahaja masa itu boleh putus dari kita, ...bilamana malaikat maut datang menjemput...maka terputuslah hubungan kita dengan makhluk yang bernama MASA.

Diri ini merasakan banyak sungguh perkara yang perlu dipelajari...tapi hati sering berbisik...wahai diri, engkau semakin hampir kepada sebuah kematian...lantas doa sentiasa dipanjatkan agar Allah memanjangkan dan memberkati usia agar dapat merasai nikmat iman dan amal serta dapat mendidik anak menjadi insan yang mulia di sisiNya...Amin...Hanya Allah yang MAHA TAHU segala isi hati....

Rabu, 19 Ogos 2009

Aqil semakin pandai

Rabu, 19 Ogos 09


Aqil semakin petah berkata-kata dan semakin banyak akalnya dengan izin Allah. Yang paling kami patut syukuri adalah tahap kesihatan yang diberi Allah pada anak2. Alhamdulillah, seluruh isi hati ini merasai ucapan yg diucap oleh lidah iaitu syukur atas segala nikmat yang diberi...oleh Penguasa Alam ini.



Sekarang aqil dah tak nak abah hantar ke rumah kak umi (pengasuh),aqil nak umi hantar juga...

kelam kabutlah jadinya sebab kebiasaan bila semua dah pegi, sementara tunggu nak gi sekolah, sempatlah sidai pakaian dan sapu-sapu rumah, ..sekarang dah tak sempat..

Khamis, 13 Ogos 2009

Perginya tak kembali

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah atas segala nikmat hidup yang diberi. Salawat serta salam buat Rasul dakwah dan tarbiyah, Muhammad s.a.w, manusia agung yang seharusnya sentiasa berada di hati kita..










Kembalinya Ust Asri dari kumpulan nasyid terkenal Rabbani menyedihkan saya. Terdengar-dengar rasanya lagu beliau "pergi tak kembali", "hanzalah" dan lain-lain ...Doa saya moga isteri dan anak2 ust asri tabah menghadapi musibah besar ini. sayu hati menatap wajah anak-anak ust asri, masih memerlukan kehadiran ayah tercinta namun Allah lebih menyayangi. Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah, ada masa depan yang gemilang untuk mereka kerana mereka masih punya ibu yang tabah..dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Ku doakan moga Allah menambahkan kekuatan dan memperkuatkan kesabaran mereka dalam mengharungi hidup yang sungguh sementara ini.

Pembuka bicara blog ust asri...
"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Moga roh ust asri ditempatkan bersama dengan para solihin,Amin.

Isnin, 10 Ogos 2009

H1N1

isu H1N1 sedang hangat dibincangkan. masing-masing cuba berikhtiar untuk elakkan dari dijangkiti. Risau. Itulah rasa hati yang ada di saat ini. Risaukan anak2. namun kita sebagai muslim punya Allah tempat berlindung dan bergantung selain dari mengamalkan ikhtiar2 yg perlu sebagai contoh, menghindari diri dan keluarga dari pergi ke pasar malam dan tempat-tempat awam. Doa menjadi senjata utama. dalam hati, Allah saja tempat bergantung agar dilindungi dari segala jenis musibah dan diperkuatkan iman kepadaNya. Penyakit itu datang dari Allah. Setakat ni anak-anak Ok kecuali kak ngah batuk. malam tadi bagi makan ubat homopati dan scott emulsion. pagi tadi bagi madu + lemon. Moga2 Allah bagi sembuh. itulah kehidupan kita, perlu sentiasa ikhtiar, doa dan tawakkal pdNya.


Semasa membaca artikel di saifulislam.com semalam satu penyataan yg ditulis oleh beliau memberi peringatan kepada saya bahawa tarbiyah bukan sahaja berlaku ketka kita berada dalam masjid (lebih kurang begitulah maksudnya) atau sedang beribadat tetapi setiap perkara yg berlaku dalam kehidupan sehari-hari merupakan tarbiyah untuk diri kita. kadang-kadang saya lupa dan alpa bahawa setiap apa yang kita alami atau rasai sehari-sehari dalam perjalanan hidup ini adalah tarbiyah buat diri..semuanya perlu dihubungkan dengan Allah.
sabar dan redha adalah bekalan yang terbaik. Emosi perlu dijaga agar tidak menimbulkan tindakan yang tidak baik pada pandangan Allah. Moga Allah beri kekuatan dan petunjuk agar setiap langkah dan tindakan yang dibuat mendapat keredhaanNya dan memberi faedah kepada Islam yang dicintai.

Sudah lama tak mencatat

Rasanya telah lebih 2 minggu tak catat apa2 di blog ni. dalam 2 - 3 minggu ni agak sibuk juga. Sebelum tamat julai hari tu, alhamdulillah dalam 2 malam berjaga, saya dapat siapka esei anjuran JAWI. Saja hendak cuba menulis esei berkaitan dengan hal ehwal Islam walaupun tiada kemahiran yang tinggi tetapi minat yang ada mendorong untuk saya menulis esei. Semuanya dilakukan di rumah. Di sekolah tumpuan diberi kepada kerja-kerja di sekolah. Baru minggu lepas siap buat analisa ujian selaras dan pra PMR T3, siap cetak transkrip rasmi pep sem lepas dan transkrip ujian selaras & pra PMR. Alhamdulillah, Allah mudahkan banyak urusan.

Hari ni terpanggil untuk catat sesuatu sementara tunggu kelas berikutnya.

Sejak semalam saya nampak ada seekor ibu kucing sedang resah gelisah mencari tempat berlindung untuk anak-anaknya yg baru dilahirkan. sedih dan sayu sungguh hati ini tetapi kelemahan yg nyata pada diri ini, tak boleh dekat dengan kucing, saya geli yang amat namun perasaan kasihan begitu terasa di jiwa. saya memerhati, rupanya kucing tu sedang mengangkut anak2nya masuk ke bilik guru. Di luar tak selamat sebab ada bapak kucing berkeliaran. Moga ada harapan yang cerah untuk kucing2 itu mendapat tempat berlindung dengan izin Allah.

Jumaat, 24 Julai 2009

MENGHADIRI SEMINAR FIQH ANNISA' DI INTIM, IPOH

24 julai 09. hampir pukul 5 pagi, baru terjaga dari tidur, hajat di hati nak bangkit awal tapi malam tadi aqil tidur dekat pukul satu. Kelam kabut juga nak sedia bekal untuk anak2. sempat goreng ubi kentang ala wedges dan buat kek coklat. Sebelum 6.30 dah nak kena ke foyer depan pejabat untuk ke seminar di ipoh. lebih kurang jam 6.20 kak iza call tanya dah ready ke..saya tengah nak masukkan kain telekung ke dalam bag., "dah ready kak iza, cuma nak siapkan beg je..5 minit lagi na turun". Sejurus kemudian, setelah meminta izin suami, saya keluar dari rumah, kak iza dah tunggu. Harap abah dapat uruskan anak2 sekolah dan anak untuk ke rumah pengasuh. InsyaAllah, abah dah biasa dengan keadaan ni...Alhamdulillah segala puji bagi Allah...




Sampai depan foyer, kak dah dah ada menunggu. Selang beberapa minit, driver maktab, abg halim tiba. kak zu pula sampai tak lama kemudian. Lebih kurang jam 6.35 pg kami bertolak ke ipoh, singgah dekat kenayat ambil kak fizah.


kehadiran kak bedah sentiasa menceriakan suasana. Kak bedah duduk seat depan, sebelah driver.Sesi perbualan santai di dalam van maktab memecah suasana pagi, kami di seat belakang(saya dan k iza) menyampuk sekali sekala dari belakang.


kemudian, bila cahaya pagi sudah agak terang, Kak iza baca al ma'thurat. selesai kak iza baca, saya meminjam al ma'thurat dari kak iza.


lebih kurang jam 8.09 pg kami tiba di INTIM. Ni pertama kali saya sampai kat sini. Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami.

kami disediakan breakfast.

jam 9 lebih baru program mula. Ramai yang hadir. Dr Zulkifli al Bakri yang akan menyampaikan fiqh an nisa'. Biasanya tengok ust zul di tv je, kali ni tengok ust in person. Seronok rasa di hati dapat tengok orang alim.

Sepertimana bentuk penyampaian ust zul di kaca tv, begitu jugalah beliau, sama saje, dengan nada suara yang sederhana dan sangat mudah difahami, ilmunya tinggi.

Tajuk kali ini adalah berkait dengan solat-solat sunat. Selepas sesi ceramah, sesi soal jawab juga mendapat sambutan baik.

saya menyalin nota, biarpun ada buku rujukan untuk tajuk yg disampaikan, namun ada beberapa perkara yang disebut oleh ust tiada dalam buku.Antara catatan yg dicatat ;

Suatu hari Rasulullah berwasiat pada Abu dardaa, jangan tinggal 3 perkara :

1.Solat sunat dhuha

2. Solat sunat witir

3. Puasa 3 hari sebulan.

Program tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari. Kami bersurai untuk makan tengahari yg disediakan. lauk-pauk sudah tersedia cuma nasi saja yg belum ada. Kak Bedah tolong cedukkan lauk dulu untuk kami semua. Nasi sungguh lambat tiba, lauk sudah habis kami makan.

Driver, abd halim dah tunggu, kami singgah tesco dan solat. Abg halim sabar menunggu. Singgah rumah Cik saudi yg kemalangan kecil. Kesian dia, baru nak pulih dari kemalangan dulu, sekali lagi dia kemalangan kecil, motosikal jatuh atas kakinya. Allah nak uji..

Alhamdulillah, Sampai di rumah lebih kurang jam 5.10 ptg.

kak ngah dan man berlari keluar bila tengok uminya sampai. Aqil, im dan abah sedang tidur.

Isnin, 20 Julai 2009

Selamat Hari Jadi Aqil Umi sayang....


Lebih kurang jam 8.20 pagi, 28 Jun 2007, aqil dilahirkan di Hospital Gerik dengan beratnya 4.25 kg. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah memudahkan segala urusan. Ketika usia kandungan 7 bulan, hasil 'scan' menunjukkan baby songsang.Sebagai insan kerdil, ikhtiar dibuat, minta air tawar dengan bidan. Abah sendiri selalu buat solat hajat agar Allah mudahkan urusan bersalin nanti. Begitulah umi pun, hanya pada Allah sahaja tempat bergantung minta tolong kerana walau seluruh makhluk bersatu untuk menolong, ianya tak akan jadi melainkan dengan izin Allah. Al Quran menjadi penghibur hati. Kata kak midah, banyakkan baca surah Maryam. Surah itulah paling banyak dibaca dalam bulan yang terakhir menunggu kelahiran. Proses bersalin kali ini perit juga sebab baby besar, agak sukar untuk baby keluar, tenaga tak cukup. Akhirnya dengan izinNya aqil selamat dilahirkan. Umi seakan kehabisan tenaga. Berbeza degan 3 yg sebelum ini, selepas bersalin, masih rasa ada daya upaya, tapi kali ini umi benar2 keletihan. Seterusnya proses menjahit luka juga agak lama. Umi pejam mata sampai selesai, rasa sedikit kepedihan namun Allah masih lagi beri kekuatan menanggungnya.

Kenangan tak dapat dilupakan juga pada hari itu ialah dengar nurse sebut nama satirah masa dalam labour room. Ada juga terdetik di hati , ke kak satirah...

Keluar dari labour room, abah sudah menunggu. Umi tak upaya bercakap, letih yang amat. Ketika iu, air mata tiba2 mengalir keluar bila lihat abah...terasa di hati, alangkah baiknya kalau abah ada bersama di saat kelahiran.....

Kemudian bunyi suara yang sangat dikenali...kak satirah rupanya, atas kerusi roda, kak satirah keguguran...

28 Jun 09, genap aqil 2 tahun, Hari jadi aqil disambut oleh kami 6 beranak saja. Sebelum aqil potong kek, abah baca doa selamat.
Alhamdulillah,segala puji hanya layak untuk Allah,penguasa alam ini. Syukur atas segala nikmat yang diberi.

Benchmarking di MRSM Kuala Krai

15 Julai 09.Hari ini, jam 4.30 pagi dah bangkit untuk sediakan bekal anak-anak sebab kul 7 dah nak kena bertolak ke kuala krai. Tepat jam 7, saya, niza & Din bertolak menaiki AES 1980 untuk program benchmarking matematik yang telah 2 kali dibatalkan. Din, KJ kami memandu kereta, sekejap lagi ambil kak satirah di gerik. Terlajak pula..lupa nak ambil kak satirah, guru kanan matematik. Mujur KJ ingat, kami dua org tak perasan. Pusing semula ambil kak satirah. Suasana rumah nampak lengang, mana kak satirah ni....Din hon kereta perlahan...Selang seminit dua, kak satirah muncul,..kejap ya...Kelihatan label rumah No. 6 dah separuh patah, kami gelak kecil...maklumlah anak 6, tiap tahun berturut...rupanya bila ditanya bukan kerenah anak2, lori yg keluar masuk hentam..

Lebih kurang 7.30 perjalanan diteruskan lagi...nak singgah makan oti canai dulu? tanya guru kanan. KJ kata , nanti kita makan kat Jeli. Kami bertiga OK je.

Sebelum sampai Jeli, Kak satirah tanya, nanti tak nak singgah rumah Cikgu Hanafiah ke ? Boleh juga sampuk Din. Telefon dulu, kata satirah, nanti takut kak ida kata kenapa tak telefon. Din call Cikgu Hanafiah, nak singgah nanti on the way balik.

Sampai di Jeli, singgah makan Di R&R, dekat MRSM Jeli. Saya dan Niza cari tandas, tak ada label...jumpa juga dihujung sekali.

Selesai makan, perjalanan diteruskan, KJ kata nak kena beli cenderahati kati Bukit Bunga..beli je buah-buahan, cari raga, letak dalam raga. Sampai di bukit bunga , beli buah-buahan, raga tak beli sebab tak ada pilihan.

Jauh petjalanan rasanya, Din nampak tak larat, kata Din, rasa panas sbb malam tadi makan durian gas kuat, durian baru..Sabar lah din kami bertiga tak dapat nak ganti drive..

Sampai di kuala krai dah jam 11 lebih, nak kena cari raga, plastik untuk balut buah tadi, akhirnya, beli bag plastik Hello Kitty untuk letak buah..takpelah ...

Sampai di MRSM Kuala Krai sebelumpukul 12.00. Jumpa TP HEA, cikgu Jaafar, bekas HEA Gerik dulu. Raut wajah Cikgu Jaafar tak berubah, sama cam dulu. TP HEA bawa kami ke dewan, student sedang duduk dalam kmpulan ala XYC. Menarik ni, KJ dan guru kanan nampak seronok. Elok program ni...bole buat juga kat Gerik.

then, terjumpa Cikgu Komputer, saya ambil kesempatan tengok bilik UPPM dan makmal komputer. CikguMat pegi Jabatan Matematik, berbincang,...bertukar fikiran...

Ada sesuatu yang akan dibawa pulang...untuk para pelajar MRSM Gerik yang dikasihi...

Makan tengahari bersama cikgu Jaafar di Cafe MRSM Kuala Krai, Pengetua tak makan sekali sebab dah janji ngan isteri makan kat rumah. Kata Cikgu Jaafar, hari tu mereka dah sedia nasi kerabu..tapi kita tak jadi pegi..akhirnya mereka jamu diri sendiri..

Sebelum balik, singgah rumah ciggu Jaafar, jumpa kak sah, isteri Cikgu Jaafar, berbual mesra sekejap, bertolak balik...kena balik awal sebelum gelap, sebab kereta KJ lampu belakang tak nyala.
singgah masjid, solat.

Singgah rumah cikgu Hanafiah, dia tak de. Kak ida yg sambut kami. Rupanya Kak ida tak tahu kami nak datang sebab Cikgu hanafiah lupa bagitau. Kul 4 lebih..bertolak balik. Singgah bunga sekali lagi, masing2 nak beli buahtangan buat balik. Din nampak penat dan mengantuk, Kata din kena bawak laju kalau tak lagi mengantuk. Kata tak satirah, hati2 din, awak bawak 3 isteri orang ni...
alhamdulillah,Sebelum kul 7 pm dah sampai gerik.

Isnin, 13 Julai 2009

Seri Hati Umi

Anak-anak umi
Di fajar ini
hati umi seakan berseri
setelah melawat taman ulama
oleh uswah

Teringat pada im, kak ngah, man dan aqil
dapatkah umi dan abah mendidik
mampukah umi dan abah menempuh cabaran
menjadikan kalian insan terpuji di sisi Allah
penuh jasa dan bakti pada manusia
dalam menegakkan yang haq

Kalaupun tidak seperti mereka di taman ulama
jadilah muslim mukmin yang berbakti
agar mulia diri kalian di sisi Allah
itulah hasrat hati umi dan abah

permata hati umi dan abah,
jadikan ikhlas dan iman yang benar
sebagai bekalan
kesentiasaan sedar perlu memenuhi ruang hati
agar baktimu ada nilai di sisi Yang Menilai

Ahad, 12 Julai 2009

Cuti untuk aqil


Hari ini Isnin 13 Julai 09, umi ambil cuti sebab aqil tak sihat. Malam tadi nafas aqil laju. Asma menyerang lagi. Umi tak sampai hati nak hantar aqil ke rumah "mok". Pagi ni nafas aqil agak laju lagi tapi ok dari semalam. Ubat homeopathy tu diteruskan macam biasa. Itulah ikhtiar kita sebagai manusia. Allah jua yang menyembuhkan. Umi dan abah memanjatkan doa , merayu pd Allah agar aqil cepat sihat.


"Ya Allah, sihatkan lah tubuh badan aqil. Sembuhkanlah seala penyakit yang ada dalam tubuh badannya. Sesungguhnya padaMu sahaja tempat kami meminta dan memohon pertolongan, Amin , Ya Allah. Tiada daya upaya kami melainkan dengan izin MU"


Hubungan kami dengan Allah semain akrab bila diuji begini. Inilah hikmah disebalik ujian. Terasa kemanisan bemunajat pada Allah. Hubungan dengan Allah semakin terasa di hati . Pengharapan dan pergantungan pada Allah mengisi ruang hati.


Dulu aqil pernah masuk wad 2 kali. Bulan puasa pd 2008 dan awal tahun ni, bulan Februari yg lalu di Hospital Gerik, jangkitan kuman di paru-paru. Itulah tanda2 kekuasaan Alah. Dia lebih berhak untuk menentukan di kalangan hambaNya untuk diuji dengan sedikit kesedihan dan kesusahan. Alhamdulillah, umi dan abah redha dengan ujian Allah. Beberapa hari masuk wad, aqil dapat keluar dan diteruskan dengan antibiotik. Sepanjang di hospital, aqil tak banyak sangat kerenah. Allah permudahkan banyak urusan. Tiap kali hendak solat, umi bawa aqil ke surau di tingkat 2. Kadang-kadang aqil menangis masa umi solat. Ada kala juga aqil ikut solat dengan tangan yang berbalut. Bergenang ai mata umi tatkala melihat aqil brsusah payah hendak sujud dengan angan yg berbalut, masa tu aqil baru 1 tahun 8 bulan. Aqi sememangnya agak berbeza sikit dengan abg man. Man susah juga nak ajak solat tapi aqil nampak umi dan abah nak solat terus cari kopiah dan ampar sejadah nak solat sama. Harapan umi dan abah, moga semua anak2 menjadi orang yg hebat di sisi Allah kelak, Amin.

Jumaat, 10 Julai 2009

Bed Time Story

malam tadi abah bercerita pada im & man tentang alam kubur, pahala & dosa. kak ngah dan adik aqil sudah tidur. Abah cerita, tentang satu analogi oleh imam ghazali : keseronokan hidup di dunia ini ibarat kita masukkan tangan ke dalam lautan yang luas. Bila kita angkat tangan dari dalam air laut itu, di tangan kita hanya ada sedikit air yang membasahi tangan itu. Begitulah ibarat kehidupan dunia dan akhirat. Keseronokan dunia ini hanya sedikit cuma. Abah meneruskan cerita mengenai balasan yang baik untuk hamba yang taat pada Allah. Cerita abah, orang yang baik, kuburnya luas, ada oarang yang jadi peneman kita dan kita berehat seolah-olah kita berada di taman syurga...orang yang tidak baik amalan di dunia ini, kuburnya sempit, dia terseksa di alam kubur, kala, jengking, ular datang untuk menggigit....Im & man diam membisu, nampak takut..Umi menambah, itulah man, sebab tu umi selalu suruh man ikut abah solat dan belajar belajar al qur'an. Im, umi selalu ingatkan im, kalau sedang tengok tv, bila masuk waktu solat, tutup tv, pegi solat. Allah lebih perlu kita besarkan dan utamakan dari tv tu,.Tv tu im,...tak dapat tolong kita di hari akhirat nanti...Aiman yang bakal mencecah umur 5 tahun oktober ini nampak hendak menyuarakan sesuatu. Umi, mari ajar man baca iqra'. man nak belajar...Nanti umi selalulah ingatkan man, man lupa nak belajar..Malam itu man belajar iqra', mukasurat 2 setelah beberapa malam tidak buka iqra'. Lepas tu man solat isyak ngan abah.

Im dulu masa umur 4 tahun, umi dah mula ajar iqra', maklumlah im anak sulung, umi masih sempat memberi tumpuan yang banyak. Kak Ngah pun lebih kurang macam tu. Sekarang mereka dah pun 'mengenal' dan im boleh baca qur'an agak baik walaupun masih perlu ditegur dari segi tajwidnya. Abah ambil alih ajar im kemudiannya sebab umi nak tumpu pada kak ngah. Itulah sebabnya, tumpuan pada man sangat kurang. Baru sekarang, umi nak mula ajar man. maafkan umi man, itu kelemahan umi.

Khamis, 9 Julai 2009

Kehadiran kak Ngah pada 2002




Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang puteri buat umi dan abah, Wan Nur Najihah namanya. Nama Kak Ngah adalah pilihan abah. Umi cuma bersetuju dan suka dengan nama itu. Maksudnya Cahaya Kejayaan. Im masih kecil ketika Kak Ngah dilahirkan di Hospital Gerik. Im baru berusia Setahun 6 bulan. Namun, im nampak sudah bersedia menerima kehadiran adik. Kak Ngah semasa kecil tak banyak meragam. Jarang sekali kak ngah bangkit malam untuk minum susu. Alhamdulillah, sudah tentu Allah jua yang memberi ilham pada anak kecil ini agar tidak banyak meragam. Kak Ngah comel, ikut muka abah. Dengan izin Allah, proses melahirkan Kak Ngah juga agak mudah. kak Ngah dilahirkan dalam suasana yang amat menenangkan, di waktu sunyi sepi kerana di waktu itu, kebanyakan insan sedang masih nyenyak tidur kecuali hamba Allah yang terpilih untuk bangun bertahajud, waktu itu lebih kurang pukul 4.00 pagi. Segala puji hanya layak untuk Allah.

Persefahaman dan kerjasama

Rasanya proses mengandung selama 9 bulan dan proses melahirkan merupakan satu proses yang agak memeritkan. Namun ianya memakan masa yang tidak begitu lama dan mampu ditanggung dengan izin Allah. Yang lebih dirasakan mencabar adalah proses mendidik anak-anak. Terasa berat di hati memikirkan hal ini. Pada Allah sahaja tempat kita menggantungkan sepenuh harapan agar diberiNya bantuan serta memberi kita kekuatan untuk mendidik anak-anak. Pada Allah juga dipohon agar diberiNya kita kesabaran dan menguatkan kesabaran itu dalam proses mendidik anak-anak. Kesepakatan serta kerjasama yang erat antara suami dan isteri memainkan peranan yang sangat penting dalam proses mendidik anak-anak.

Ya Allah, bantulah kami untuk mendidik anak-anak kami menjadi insan yang mulia di sisiMU
Ya Allah, campakkanlah iman yang benar dan kesentiasaan sedar dalam hatiku, suamiku, im, kak ngah, aiman dan aqil.... Tiada daya upaya kami melainkan dengan keizinanMu jua.

Amin.

Rabu, 8 Julai 2009

Buat anak-anak umi


salam untuk im, kak ngah , man dan aqil...

Doa umi tidak pernah putus buat im, kak ngah , man dan aqil.

Buat im, putera sulung dalam keluarga..
Nama im Wan Mulhim Amin, tu adalah nama hasil perbincangan dengan abah ...mulhim itu cadangan umi yang bermaksud pencetus idea, yg didapati dari buku nama untuk anak-anak..Amin pula cadangan abah..Yg amanah maksudnya...

Kata abah, orang nama amin biasanya hebat...itulah hasrat hati umi dan abah agar im benar-benar menjadi seorang yang hebat dan mulia di sisi Allah..
Itu cerita 8 tahun yang lampau...Mac 2001..

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah yang masih lagi memanjangkan umur kita dan ahli keluarga kita telah bertambah dengan kehadiran kak ngah pd 2002, aiman 2004 dan aqil pd 2007. Im sekarang dah tahun 2 di SK Bt 4