Rabu, 19 Ogos 2009

Aqil semakin pandai

Rabu, 19 Ogos 09


Aqil semakin petah berkata-kata dan semakin banyak akalnya dengan izin Allah. Yang paling kami patut syukuri adalah tahap kesihatan yang diberi Allah pada anak2. Alhamdulillah, seluruh isi hati ini merasai ucapan yg diucap oleh lidah iaitu syukur atas segala nikmat yang diberi...oleh Penguasa Alam ini.



Sekarang aqil dah tak nak abah hantar ke rumah kak umi (pengasuh),aqil nak umi hantar juga...

kelam kabutlah jadinya sebab kebiasaan bila semua dah pegi, sementara tunggu nak gi sekolah, sempatlah sidai pakaian dan sapu-sapu rumah, ..sekarang dah tak sempat..

Khamis, 13 Ogos 2009

Perginya tak kembali

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah atas segala nikmat hidup yang diberi. Salawat serta salam buat Rasul dakwah dan tarbiyah, Muhammad s.a.w, manusia agung yang seharusnya sentiasa berada di hati kita..










Kembalinya Ust Asri dari kumpulan nasyid terkenal Rabbani menyedihkan saya. Terdengar-dengar rasanya lagu beliau "pergi tak kembali", "hanzalah" dan lain-lain ...Doa saya moga isteri dan anak2 ust asri tabah menghadapi musibah besar ini. sayu hati menatap wajah anak-anak ust asri, masih memerlukan kehadiran ayah tercinta namun Allah lebih menyayangi. Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah, ada masa depan yang gemilang untuk mereka kerana mereka masih punya ibu yang tabah..dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Ku doakan moga Allah menambahkan kekuatan dan memperkuatkan kesabaran mereka dalam mengharungi hidup yang sungguh sementara ini.

Pembuka bicara blog ust asri...
"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Moga roh ust asri ditempatkan bersama dengan para solihin,Amin.

Isnin, 10 Ogos 2009

H1N1

isu H1N1 sedang hangat dibincangkan. masing-masing cuba berikhtiar untuk elakkan dari dijangkiti. Risau. Itulah rasa hati yang ada di saat ini. Risaukan anak2. namun kita sebagai muslim punya Allah tempat berlindung dan bergantung selain dari mengamalkan ikhtiar2 yg perlu sebagai contoh, menghindari diri dan keluarga dari pergi ke pasar malam dan tempat-tempat awam. Doa menjadi senjata utama. dalam hati, Allah saja tempat bergantung agar dilindungi dari segala jenis musibah dan diperkuatkan iman kepadaNya. Penyakit itu datang dari Allah. Setakat ni anak-anak Ok kecuali kak ngah batuk. malam tadi bagi makan ubat homopati dan scott emulsion. pagi tadi bagi madu + lemon. Moga2 Allah bagi sembuh. itulah kehidupan kita, perlu sentiasa ikhtiar, doa dan tawakkal pdNya.


Semasa membaca artikel di saifulislam.com semalam satu penyataan yg ditulis oleh beliau memberi peringatan kepada saya bahawa tarbiyah bukan sahaja berlaku ketka kita berada dalam masjid (lebih kurang begitulah maksudnya) atau sedang beribadat tetapi setiap perkara yg berlaku dalam kehidupan sehari-hari merupakan tarbiyah untuk diri kita. kadang-kadang saya lupa dan alpa bahawa setiap apa yang kita alami atau rasai sehari-sehari dalam perjalanan hidup ini adalah tarbiyah buat diri..semuanya perlu dihubungkan dengan Allah.
sabar dan redha adalah bekalan yang terbaik. Emosi perlu dijaga agar tidak menimbulkan tindakan yang tidak baik pada pandangan Allah. Moga Allah beri kekuatan dan petunjuk agar setiap langkah dan tindakan yang dibuat mendapat keredhaanNya dan memberi faedah kepada Islam yang dicintai.

Sudah lama tak mencatat

Rasanya telah lebih 2 minggu tak catat apa2 di blog ni. dalam 2 - 3 minggu ni agak sibuk juga. Sebelum tamat julai hari tu, alhamdulillah dalam 2 malam berjaga, saya dapat siapka esei anjuran JAWI. Saja hendak cuba menulis esei berkaitan dengan hal ehwal Islam walaupun tiada kemahiran yang tinggi tetapi minat yang ada mendorong untuk saya menulis esei. Semuanya dilakukan di rumah. Di sekolah tumpuan diberi kepada kerja-kerja di sekolah. Baru minggu lepas siap buat analisa ujian selaras dan pra PMR T3, siap cetak transkrip rasmi pep sem lepas dan transkrip ujian selaras & pra PMR. Alhamdulillah, Allah mudahkan banyak urusan.

Hari ni terpanggil untuk catat sesuatu sementara tunggu kelas berikutnya.

Sejak semalam saya nampak ada seekor ibu kucing sedang resah gelisah mencari tempat berlindung untuk anak-anaknya yg baru dilahirkan. sedih dan sayu sungguh hati ini tetapi kelemahan yg nyata pada diri ini, tak boleh dekat dengan kucing, saya geli yang amat namun perasaan kasihan begitu terasa di jiwa. saya memerhati, rupanya kucing tu sedang mengangkut anak2nya masuk ke bilik guru. Di luar tak selamat sebab ada bapak kucing berkeliaran. Moga ada harapan yang cerah untuk kucing2 itu mendapat tempat berlindung dengan izin Allah.