Jumaat, 12 Februari 2010

aur dan tebing & hati dan aqal

alhamdulillah, hari ini direzekikan oleh Allah dengan rezeki berbentuk ilmu dari alkulliyyah di tv3. Tajuk yang dibincangkan pada kali ini adalah berkaitan dengan bisikan syaitan. satu isu yang sangat menarik dan mempunyai perkaitan rapat dngan kehidupan seharian. Ahli panel menyatakan tentang betapa pentingnya kita mempunyai kekuatan hati kerana ianya dapat menjadi benteng untuk kita selamat dari bisikan-bisikan syaitan...yang sentiasa menunggu-nunggu ruang masa yan ada dan peluang untuk membisikkan sesuatu kepada kita agar kita jauh dari Allah dan berbuat sesuatu yang dimurkai Allah.

Ust Zahazan memberi satu analogi yang sangat menarik berkaitan aqal dan hati. Aqal dan hati seperti aur dan tebing. Ibarat sebuah bilik yang mempunyai dinding serta pintu dan isi dalamnya. isi dalam bilik diibaratkan seperti aqal. Jika dinding kuat dan pintu juga ditutup rapat maka isi bilik akan selamat. Itulah analogi yang diberikan...erti atau maknanya begitu mendalam...jika hati kita kuat dan kita dapat menjaga pintu2 hati kita dari dipengaruhi bisikan syaitan, maka aqal kita juga akan akur kepada kehendak hati.Maka lahirlah peribadi yang mulia yang mentauhidkan Allah...yang muslim lagi muttaqin...Majalah solusi isu ke 16 ada menyebutkan bahawa kita tidak boleh hanya menjadi muslim tetapi kita mesti menjadi muslim yang muttaqin...barulah kita akan dipandang oleh Allah dan sentiasa mendapat bantuan dariNya...bantuan siapakah lagi yang paling hebat selain dari mendapat bantuan dari Allah...Sebuah hadis qudsi ada menyatakan bahawa walau seluruh isi alam datang untuk membantu menyelesaikan masalah yg kita hadapi, nescaya mereka semua tidak dapat menolong kita jika Allah tidak menghendaki demikian, sebaliknya jika seluruh isi alam enggan menolong kita tetapi Allah hendak membantu kita maka selesailah permasalahan yang kita hadapi.

Peringatan penting buat diri sendiri agar kita tidak mudah terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa berazam untuk menyesatkan kita. Moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada, tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya dunia yang sungguh sementara ini. Kita juga sangat perlu mengingati Allah di setiap saat dan ketika agar syaitan sentiasa gagal melaksanakan misinya...Mohon doa pada Allah agar Allah sentiasa masuk campur dalam setiap urusan hidup kita...agar kita tidak membuat sebarang keputusan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata...tetapi sentiasa membuat tindakan mengikut apa yang Allah kehendaki.