Rabu, 29 September 2010

Kenangan di KLIA


kanak-kanak sentiasa riang walau di mana sahaja mereka berada.


Bagasi terlebih muatan, terpaksa keluarkan sebahagian kecil barang.


Gadis kecil ini bercita-cita untuk menjadi seorang saintis. Semoga Allah memberkati hidupnya dan kelak dapat memberi sumbangan kepada Islam.


InsyaAllah satu hari nanti jika Allah izin dan umi dan abah masih ada di dunia ini, umi dan abah akan hantar aqil pula menuntut ilmu di bumi anbiya'


Terima kasih yang tidak terhingga buat 'abah' yang sudi membawa kami menghantar cik ain ke KLIA. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan buat 'abah'.


Cik ain semakin gelisah untuk meninggalkan keluarga tetapi demi untuk menuntut ilmu segalanya perlu dilalui dengan tabah.


Bersama ma dan abah yang tercinta. Terima kasih atas segala pengorbanan membesarkan kami. Semoga Allah merahmati hidup ma dan abah dan memberikan sebaik-baik balasan kerana telah membesarkan kami sedari kecil hingga dewasa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cik Ain diperantauan.

Isnin, 23 Ogos 2010

Kita pun ke situ jua akhirnya.

Satu demi satu berita kepergian orang yang dikenali samada yang mempunyai hubungan rapat atau tidak seringkali membuatkan jiwa ini terasa sempit. Seakan terasa tak lama lagi giliranku pula akan tiba. Tak dapat dibayangkan bagaimana hendak berhadapan dengan sakaratul maut, bagaimana mahu menjawab soalan malaikat di alam barzakh nanti...mampukan iman yang rapuh ini menjawab semua soalan yang disoal nanti...apakah alam barzakh nanti akan menjadi taman syurga buat diriku atau ..?..tak mampu untuk dinyatakan...

Sebelum ramadhan menjelma tempohari, seorang bekas anak didik sekolah ku telah dijemput pulang kepada penciptaNya dalam usia baru mencecah 19 tahun. Semoga Allah merahmatinya. Terbaru, seorang yang agak rapat dengan keluarga kami juga turut menerima jemputan ke alam barzakh. 'Wan' telah pergi meninggalkan alam dunia ini untuk singgah sementara di alam barzakh. Ku doakan moga roh 'wan' berada dalam rahmat Allah. Wan mengalami ketumbuhan di buah pinggang dan dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan. Selepas 'operation', wan tidak sedarkan diri lebih 2 minggu hingga akhirnya beliau pergi buat selama-lamanya, begitu suratan takdir untuknya.

Bagaimana pula dengan nasib ku dan ahli keluargaku yang lain?...Sesungguhnya kematian adalah suatu yang sangat dekat dengan kita. Ia adalah pemutus kepada segala kenikmatan hidup di dunia ini. Kita adalah milik Allah, maka Allah mempunyai hak yang mutlak untuk memanggil kita semula bila tiba masa yang telah ditentukan untuk kita. Moga Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya yang berpanjangan buat kita.

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Yang Dinantikan

Alhamdulillah, pagi ini Allah merezekikan sedikit kesempatan masa untukku menonton tanyalah ustaz yang dikendalikan oleh ustaz zahazan. walaupun hanya untuk 30 minit, tetapi ianya amat bermakna kerana ianya sarat dengan ilmu yang bermanfaat. Ustaz menyentuh perkara berikut:

1. Ramadhan disebut sebagai institusi, sekolah, universiti atau madrasah kerana natijah dari ramadhan adalah taqwa pada Allah.

2. Seorang guru beliau ada menyatakan, kita mesti dapat merasai bila Allah berfirman, "wahai orang-orang yang beriman", kita mesti ada rasa Allah menujukan panggilan itu untuk kita. Analoginya,...jika tiba2 dibuat pengumuman, "kepada pemilik kereta yang bernombor WGA 4015, sila alihkan kenderaan anda kerana ia telah mengganggu lalulintas", kita pasti akan rasa, eh..itu kereta saya tu...jadi begitulah kita patut merasakan bila Allah menujukan ayat "wahai orang-orang beriman".

3. Seseorang manusia itu dibina berasaskan 5 komponen,..seperti atau ibarat sebuah pokok. % komponen itu terdiri dari akar, batang, daun, bunga dan buah. Buah itulah yang dikatakan taqwa. Seseorang yang beriman tidak semestinya dia bertaqwa tetapi orang bertaqwa adalah seorang yang beriman.

begitulah antara sedikit catatan yang sempat diambil.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Catatan Perjalanan

Hari ini aku perlu menghadiri kursus di Sungai Jawi. Pada mulanya seorang teman sekerja yang akan menggantikanku kerana aku perlu menyelesaikan beberapa perkara penting di maktab tetapi di saat akhir beliau tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan,jadi akhirnya ia kembali menjadi tugasku untuk hadir berkursus. 8egitu kehendak Allah.Kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah mengatasi perancangan kita. Allah pencipta kita, Dia lebih berhak mengatur perjalanan hidup kita. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusanku, van maktab akan menghantarku ke tempat kursus. Begitulah sifat Pemurah Allah, setiap kesulitan akan diiringi dengan kemudahan.Subhanallah.Pada jam 12 aku mohon kebenaran dari pihak pentadbir untuk pulang lebih awal agar dapat berkemas kerana van akan bertolak pukul 2 ptg. Usai berkemas dan solat zohor, aku membawa beg pakaian ke sekolah dan menunggu van di kawasan foyer maktab. Lebih kurang jam 2.30, van mula bergerak. Cuaca hari ini agak mendung. Aku dapat merasakan kelembapan udara hari ini agak tinggi sejak pagi tadi. Tiada banyak kenderaan di atas jalan raya.Melihat kehijauan hutan dan bukit-bukau di kiri kanan jalanraya menyegarkan pandangan mata. Aku melihat ada keriangan pada pepohon hijau disekelilingku. Mereka hidup subur kerana mendapat rezeki berbentuk cahaya matahari dan air dari langit,mereka mendapat rahmat dari Allah. Begitulah kehidupan kita yang bernama insan, jika kita hidup dalam rahmat dan kasih sayang Allah pasti kita akan menjadi seperti pepohon yang riang itu...ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup. Apakah lagi yang lebih mahal dari ketenangan jiwa yg dimiliki? Cuaca mendung sudah bertukar menjadi terang selepas beberapa minit melepasi sempadan perak-Kedah. Jam 4.30, kami sudah berada di Kulim.Kulim bukanlah satu tempat yg asing buatku kerana 18 tahun lalu aku pernah menuntut di kolej mara kulim. Walaupun hanya setahun di kolej mara kulim, sungguh banyak kenangan manis yang masih segar diingatan. Indahnya saat bersama rakan taulan. Di bumi inilah aku mula berjinak-jinak dengan "usrah". Di sinilah juga Allah menemukanku dengan sahabat2 yang baik lagi budiman. Tidak dapat aku lupakan pada azue, fiza, wa, dah, ma, shikin, yasbi, yusma, yong, kak yat, kak tie, ana, punker, shana, zana kasim, zana yasin, eda, ana daud, mazin, dan ramai lagi. Gambar-gambar kenangan masih tersimpan rapi. Ramai yang sudah bergelar doktor dan doktor pakar. Ada yg sudah menjawat jawatan timbalan dekan di IPTA setelah menamatkan pengajian PHD di luar negara. Aku doakan semua teman-temanku ini sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Kenangan paling indah di bumi kulim ialah "surau". Hebatnya seniour2 menyampaikan tazkirah. Kehebatannya menyentuh jiwa dan perasaan. Sedikit demi sedikit aku mula membuat perubahan pada diri dengan kekuatan anugerah Allah. Melakukan perubahan pada diri bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya melalui satu proses dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Di sinilah juga pemikiran dan pandangan hidup mula berubah. Aku banyak melakukan koreksi diri dan mula mendekati bahan-bahan bacaan agama. Buku-buku asas kefahaman Islam seperti Asas-asas Islam dan manhaj hidup muslim adalah antara buku yang aku cuba hayati. Indahnya Islam dan manisnya iman.Subhanallah. Alhamdulillah. Aku merayu pada Allah agar mengekalkan ku dalam nikmat Islam dan iman. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dariNya. Lebih kurang jam 5.30 kami tiba di tempat kursus. Aku mengucapkan bebanyak terima kasih pada abg mail (pemandu maktab yang budiman)dan muzammil, anaknya yang menemani. Syukur pada Allah yang memudahkan urusan.

Khamis, 29 Julai 2010

Sungguh cepat masa berlalu. Sang suria seolah-olah ada menandatangani MOU dengan jam agar jam berputar mengikut rentaknya. Namun kita punya 24 jam yang sama. Jika diminta kita menutup mata dengan tangan terangkat selama 1 minit, kita akan merasa 1 minit itu lama. Tetapi dalam keadaan biasa kita merasakan masa sungguh cepat berlalu. Kenapa?....

Julai sudah sampai ke penghujungnya. Syaaban pun bakal melabuhkan tirai untuk memberi peluang kepada Ramadhan, bulan yang penuh barakah , yang pasti dirindui oleh mereka yang menanti-nantikannya. Hatiku sendiri merasa rindu pada Ramadhan...moga Allah masih memberiku peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan kali ini. Semalam seorang sahabat meminjamkan buku 'travelog haji' untukku membacanya. oh..ada 2-3 buku yang aku kena habiskan dalam masa terdekat ni...masa oh masa.....aku perlu mencari peluang masa untuk buku-buku yang menantikan ku untuk menyelak helaiannya..aku perlu kekuatan dari Allah...

Pagi tadi sempat ku menonton Tanyalah Ustaz di TV9 walaupun untuk 20 minit. 20 minit yang sungguh bermakna. Ustaz HAnafi mengendalikan program ini yang bertajuk "Kekeluargaan Islam". Beliau menyatakan perlunya wujud kasih sayang yang erat dalam keluarga. Suami, isteri dan anak2 perlu sentiasa menunjukkan rasa kasih sayang di antara satu sama lain. Seorang ayah perlu memeluk dan memuji emak setiap hari, perlu memeluk anak-anak setiap hari. Begitu juga emak, perlu melakukan perkara yang sama. Beliau memberikan tips 7 P. Yang sempat ku ikuti hanya 2 , perhatian dan peluk...Beliau menyatakan tentang banyak kepincangan yang berlaku dalam keluarga sekarang ini kerana tiadanya perhatian antara satu sama lain. Kerap berlaku bila si ayah menonton berita di kaca televisyen, dia tiadak akan hiraukan panggilan anak. Kata ustaz Hanafi, suatu masa nanti, anaknya itu akan melakukan perkara yang sama , bila ayah memanggilnya dia tidak akan menyahut panggilan si ayah.

Begitulah suasana yang berlaku ....moga Allah tunjukkan kita jalan untuk membina keluarga 'baiti jannati'.

Khamis, 1 Julai 2010

Catatan 1 July 2010




Sungguh pantas masa berlalu sepantas beburung yang berterbangan di angkasa... Separuh dari tahun 2010 sudah pergi meninggalkan kita. Hari ini saya dan suami perlu ke Hospital Gerik untuk pemeriksaan kesihatan bakal haji musim ini. Lebih kurang jam 2.25 pm kami tiba di hospital. Tuan Hj Hanif dari Tabung Haji Gerik sudah menunggu. Setelah mengisi buku kecil rawatan kesihatan untuk bakal haji, saya terus menuju depan bilik no 3 seperti yang diberitahu oleh Tuan Hj hanif untuk mengambil nombor giliran ambil darah. Kelihatan seorang makcik yang sudah lanjut usianya sedang duduk di tempat menunggu giliran. Saya hanya senyum tanda hormat kepada makcik yang sudah lanjut usianya itu. Nampak dia macam tidak bermaya. Seorang lelaki muda berada berdekatan dengan makcik itu. Tuan Hj Hanif datang kepada makcik itu. Kata beliau, "makcik doalah dengan Allah semoga makcik dapat pergi", saya tak boleh bagi jawapan, doktor yang akan buat keputusan, kalau doktor kata makcik boleh pergi, insyaAllah makcik boleh pergi.., makcik jangan kata tak boleh...doa pada Allah...moga dapat pergi. Selepas itu Tuan Hj Hanif beredar.Suami saya menegur makcik itu, makcik nanti nak pegi ngan sape? sorang je..duit ada Rm18,000, nak pegi 2 orang duit tak cukup..kalau tahun depan mungkin bolehlah pegi 2 orang, ajak anak makcik..Kemudian saya masuk ke bilik rawatan untuk ambil darah..suami meneruskan perbualan dengan makcik tadi sebelum gilirannya tiba..Saya kira nurse yang mengambil darah tadi sangat terlatih sebab tak rasa apa-apa masa darah diambil...

Usai ambil darah ,nurse meminta kami membawa sample darah yang telah dibahagikan ke dalam 3 tiub kecil ke makmal untuk diuji beberapa perkara..result darah akan kami peroleh dalam masa 30 minit. Semasa menunggu keputusan darah, kelihatan makcik tadi dipimpin oleh seorang lelaki muda(anaknya) keluar dari kawasan hospital. Jalannya agak perlahan, perlu dipimpin, mungkin kerana usia yang agak lanjut.

Kemudian , kami ke bahagian pesakit luar pula untuk ambil giliran jumpa doktor..sebelum itu kami melalui beberapa prosedur yang mungkin dilaksanakan untuk semua bakal haji...kami diberi satu nombor 4 angka untuk dihafal...selepas bertanya beberapa soalan, nurse akan tanya semula nombor yang diberi tadi..ini berulang beberapa kali...agaknya untuk uji ingatan...setelah tekanan darah diambil, nurse menyatakan tekanan darah saya agak rendah tapi ok lagi.,..ada sorang makcik tadi tak dapat pegi...kata nurse..sebab tekanan darah dia teruk sangat(saya tidak tahu apa yg dimaksudkan oleh nurse..adakah terlalu tinggi atau rendah). Kesian makcik tu...makcik yang kami jumpa tadi...

Selepas itu kami menunggu giliran sekali lagi untuk berjumpa doktor...alhamdulillah, pemeriksaan kesihatan kami lulus...

Tetapi...malam ini saya terkenang pada makcik tadi,...usianya sudah mencecah 80 an berdasarkan no kad pengenalannya yg kami tengok..bermula dengan angka 23, maksudnya dia dilahirkan pada tahun 1923...terbayang raut wajahnya ...hati saya merasa sangat sedih dan hiba mengenangkannya...terasa ingin berada dekat dengannya dan memegang tangannya...Walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain, saya doakan agar makcik diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah atas niat suci makcik untuk menunaikan ibadat haji yang mungkin tidak terlaksana pada tahun ini kerana faktor kesihatan..Moga makcik digolongkan oleh Allah dalam golongan muslim mukmin yang diredhaiNYA, amin. Moga Allah memberi keizinan buat kami untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini. Kita hanya merancang, Allah jua menentukan...Tiada kekuatan pada kita, melainkan dengan kekuatan yang diberi oleh Allah,...Sesungguhnya Allah jua perancang yang paling hebat.

Jumaat, 11 Jun 2010

Catatan 10 Jun 2010

Alhamdulillah, hari ini Allah mengizinkan untukku membaca majalah solusi isu ke 20, Belajar daripada Alam. Aku hampir menghabiskan separuh dari majalah itu . Sungguh indah isi kandungannya, banyak yang dapatku pelajari...Tulisan gaya bersahaja tapi penuh makna oleh penulis yang kuminati, Fatimah Syarha ...Ruangan Tanbih oleh Noraslina Jusin sangat terkesan di hati...Begitu juga ruangan HaiAnak oleh Rashidah Mustaffa,...menjadi hidangan yang enak buat hati ini. Kelemahan diri kian terasa bila bertambahnya pengetahuan baru serta peringatan yang diperoleh hasil dari bacaan. Jauh di sudut hati, kupanjatkan doa pada Allah agar memberiku kekuatan dan menguatkan kesabaranku dalam urusan seharian terutama dalam mendidik anak-anak permata hatiku agar mereka menjadi insan yang mulia di sisiMu, ya Allah,Amin. Isu "Belajar daripada Alam" oleh Ketua Editor Majalah Solusi, Ustaz Pahrol diterangkan secara bersahaja tetapi sarat dengan peringatan dan ilmu yang bermanfaat.

Benar, kita perlu banyak belajar dari alam. Akan terasa maha kerdilnya diri ini bila kita belajar daripada alam. Cukuplah dengan melihat ke dalam diri sendiri dan bila kita mendongak ke langit yang tiada bertiang,..Maha Hebat ciptaan alam ini oleh yang Maha Segalanya.

Aku juga membaca cerpen yang telah lama dikumpul dan dilekatkan dalam buku,...Cerpen "Teman, cukuplah kami" oleh Ummu Hani Abu Hassan menarik hatiku, begitu juga cerpen "Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah" oleh Mawar Shafei menyentuh perasaan.

Yang baik itu budi.
Yang Indah itu bahasa.

Maha Hebat Allah yang menciptakan pelbagai rumpun bangsa dengan berbeza bahasa di muka bumi ini.

Rabu, 2 Jun 2010

Catatan Duka 1 Jun 2010

Pagi itu kami dikejutkan dengan berita pilu seorang rakan. Beliau diuji dengan musibah besar iaitu kematian suami tercinta yang berada di kejauhan. Berita ini sangat menyentuh hati dan sanubari kami. Kematian seseorang yang begitu hampir dengan kita sudah tentu meruntun perasaan dan ianya sudah tentu sukar untuk digambarkan dan diluahkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui secara mendalam perasaan hati insan yang mengalami. Lebih menyayat hati bila mengenangkan anak yang baru sahaja disambut ketibaannya di muka bumi ini,...sudah kehilangan ayahanda tercinta. Teringat pada kisah Rasulullah s.a.w, ayahandanya Abdullah telah pergi meninggalkannya sewaktu baginda masih di dalam kandungan ibundanya, Aminah. Moga 2 orang putera kembar rakanku itu membesar menjadi insan yang hebat dan mulia di sisi Allah. Kepada rakanku yang diuji oleh Allah dengan ujian yang hebat ini, kukirimkan sms :
Takziah diucapkan atas ujian berat yang menimpa. Moga Allah kuatkan kesabaran dan mudahkan segala urusan. InsyaAllah, Allah pasti membantu. Setiap kesusahan yang datang, ada kesenangan yang mengiringi. Tabahkan hati, moga kesabaran itu digantikan oleh Allah dengan balasan syurga di akhirat kelak.

Diri ini tidak mampu menahan sebak. Kematian insan tersayang adalah suatu ujian hebat untuk kita.Namun setiap yang bernyawa sudah pasti akan merasai mati. Sesungguhnya kematian adalah suatu yang begitu dekat dengan kita. Baru sahaja halaqah di TV9 membincangkan 'sakaratul maut', Dr Zulkifli Al Bakri dan Ustaz Roslan menjadi ahli panelnya. Perbincangan tersebut begitu bermakna.

Moga roh suami rakanku ditempatkan bersama mereka yang beriman..Al fatihah..

Isnin, 10 Mei 2010

Everything goes wrong today

In a hurry I hang all the clothes, because my class will start early in the morning, 7.40. It's 7.33 when I got out from the house, just walking cause it will take only a few minutes to punch in. 7.38, I pressed the thumb nail to the machine's sensor. In a hurry again I took the movie "Racing Stripes' from Shaza's table. When I arrived at the class, there was already a teacher inside. I knocked on the door..."Kal, I'm sorry, is it your class right now", aiman said, "teacher the SCOPE class will be at 8.20.", "Oo...is it?, "I'm sorry Kal". Then I went to the lab to play the movie. O..No, it didn't work because the the computer in the lab didn't support DVD. I went to the library to book for the show room. Unfortunately, the showroom has been booked by other teacher. No other way to think of, I went home to take my Laptop. I brought it to the computer lab...got all the cables plugged, then alhamdulillah, it works...it's 8.20, I went to alnilam's class, there was no one...Aiman said the class will start at 8.20 am..where are all the students?...I took a glance at the time table paste on the class board...O...it's 9.00 o'clock..

I continue doing a few tasks...then at 9.00 I went to the class and told the class that todays acticvity is watching movie entitled 'Racing stripes' and they are going to present the summary of the story.The class ended at 10.20. O...my next class will be at 10.40. I went to the class and there was a teacher inside..O..no again I made a mistake...it's because I didn't have the timetable with me..it's in the 'folio' which I've submitted to the principle yesterday.Maybe it will start at 11.20...the teacher is still there. When will the class start..At last I went to the principle's room, take the 'folio' and it's 12.00 o'clock. My class will start at 12.00 o'clock...I feel so tired today....the class will end at 1.20 and I 'm rushing again to fetch my 3 children at the school which took abaout 20-25 minutes for me to drive there...

Satu Rasa Dua Hati


Alhamdulillah, buku ini sudah usai dibaca. Hasil Karya Ustaz Pahrol ini sangat menarik. Ianya santai dibaca, ada yang mencuit hati dan bersifat menghalusi. Banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diambil untuk dilaksanakan dalam kehidupan berumahtangga bagi pasangan yang baru menempuh alam rumahtangga dan sudah tentu lebih-lebih lagi untuk yang telah lama berumahtangga. Terima kasih Ustaz Pahrol.

Jumaat, 7 Mei 2010

Tanda-Tanda Kebesaran Pencipta Alam ini....





















Khamis, 6 Mei 2010

8 akibat dosa dan maksiat

Nota ini dipetik dari majalah Haluan edisi 1 2010

Sebagai muslim kita dituntut untuk sentiasa memperkemaskan diri dan memperbaharui iman agar tidak terus menerus terlibat dengan dosa...kerana ianya akan memberi kesan pada kehidupan kita ..

1. Menghalangi ilmu
ilmu itu bersih dan suci...ianya akan jatuh ke hati yang bersih juga..

2. menghalangi rezeki
jika kita bertaqwa pada Allah, Allah akan membuka pintu rahmatNya pada kita.

3. menimbulkan kerisauan dan kesepian dalam hati
kita pasti tidak ingin menjadi seorang yang memiliki peribadi yang selalu risau dan kesepian. maksiat akan buat kita selalu gusar dan risau serta memiliki hati yang sepi dan gersang seperti gersangnya gurun sahara.

4.mendatangkan kesulitan
orang yang bermaksiat akan sulit hidupnya.Segalanya akan terasa payah...

5.menimbulkan kegelapan dalam hati
kegelapan dalam hati, kata ibnu Qayyim akan dirasakan seseorang seperti gelapnya malam. Bila diberi petunjuk, kegelapan maksiatnyamasuk menutupi hatinya. Kata Abdullah bin Abbas, "sesungguhnya untuk kebaikan ada cahaya pada wajah , sinar pada hati, kelapangan pada rezeki, kekuatan pada badan dan kecintaan dari hati banyak orang padanya. Sebaliknya pula untuk perbuatan buruk.

6. Melemahkan hati dan badan
maksiat yang dilakukan akan mempengaruhi hati dan badan.

7.Menghalangi ketaatan
seorang pendosa akan tidak taat pada Allah

8. Mengurangi umur dan mengikis berkah
kebaikan akan menambah umur sedangkan kejahatan akan mengurangi umur. Menurut Ibnu Qayyim, mengurangi umur kerana hilangnya berkah. mengikut Ibnu Qayyim dalam bukunya Ad-Da'u Wad Dawa' (Terapi penyakit hati) mengatakan umur produktif manusia adalah umur yang digunakannya untuk kebaikan dan taqwa kepada Allah. Selain itu bukanlah umur produktifnya. Jadi jika seseorang itu sibuk berbuat maksiat maka hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki.

Dari ruangan kemusykilan agama:
Apa itu Maksiat batin?
Maksiat Batin merupakan perlakuan mungkar yang dilakukan oleh hati dan jiwa seseorang individu itu. ia adalah terdiri daripada sifat-sifat mazmumah dan penyakit hati yang banyak bersarang di dalam hati mereka yang ketandusan hidayah Allah. Antara contoh Maksiat Batin:
1. Tamak.
2. Bakhil.
3. Hasad dengki.
4. Marah.
5. Takbur.
6. Riyak.
7. membangga diri.
8. Cintakan dunia.
9. Bermegah diri.
Dan sifat-sifat lain yang keji yang sama seperti sifat-sifat di atas. Maksiat batin ini perlu dihapuskan dari dalam diri oleh setiap individu Muslim demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah, maksudnya:9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya — yang sedia bersih — bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya — yang sedia bersih — itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran ma'siat).(Surah Asy-Syams 91:9-10).

Dari sebuah blog..
MENJAUHI MAKSIAT ZAHIR *** IMAM GHAZALI rahimahullah IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua.
  • Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah
  • Keduanya adalah mengerjakan segala yang disuruh.

Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulah Nabi SAW bersabda, “ Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya.”

Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya. Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada perlakuan maksiat,ia telah menyalahi fitrah kejadiannya sendiri. Di waktu inilah seseorang itu menjadi kufur terhadap nikmat Allah. Oleh itu,hendaklah setiap individu muslim menjaga sungguh- sungguh seluruh anggota badannya terutamanya anggota yang tujuh iaitu memelihara MATA, TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN, TANGAN dan KAKI. Ini kerana Neraka Jahannam itu terdiri dari tujuh pintu dan tidak terhumban ke dalamnya anak Adam melainkan maksiat anggota yang tujuh itu.

Mata yang dianugerahkan Allah untuk melihat dan memimpin anggota tubuh yang lain wajib dielakkan dari melihat empat perkara. Peliharalah mata dari melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan,melihat gadis remaja dengan iringan syahwat, melihat kepada sesama muslim dengan pandangan yang menghinakan dan melihat segala keaiban orang lain.

Telinga yang berfungsi untuk mendengar sesuatu harus dicegah dari mendengar segala perkataan bid’ah yang menyimpang dari ajaran agama, mendengar umpat-mengumpat dan kata-mengata, mendengar perkataan yang keji dan juga mendengar perkataan yang batil dan sia-sia.

Lidah diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah ia digunakan mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng dengan menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda, mengumpat, menfitnah, bertengkar dan mengucapkan segala perkataan kotor. Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat munafiQ.” Tetapi dalam keadaan tertentu kita harus berdusta, misalnya untuk mendamaikan dua orang yang berkelahi atau suami-isteri yang bergaduh, yang mana tidak mungkin mereka dapat didamaikan kecuali dengan berdusta. Begitu juga dengan mengumpat. Ia dibenarkan jika membawa maslahah ( kebaikan ) yang meliputi pada enam keadaan :-

1) Mendedahkan kejahatan penjenayah supaya dihukum pemerintah atau mendedahkan kezaliman pemerintah supaya dihukum oleh rakyat.

2) Mendedahkan perbuatan mungkar seseorang supaya dia meninggalkan maksiat tersebut.

3) Mendedahkan kezaliman seseorang untuk menuntut hak dan keadilan.

4) Mendedahkan kefasiQan dan kezaliman seseorang kepada orang yang belum mengetahuinya bagi mengelakkan mereka bersahabat dengan si fasiQ atau sizalim itu.

5) Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali melainkan dengan menyebut keaiban yang ada pada dirinya.

6) Menyebut akan sifat keji orang yang masyhur dengan kezaliman, kefasiQan atau kejahatannya. Selain dari enam situasi di atas,kita dilarang sama sekali dari mengumpat walau apa yang dikata itu ada kebenarannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “ Jangan mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain. Adakah sebahagian kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu benci.” Perut pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah (tidak jelas antara yang halal dan haram ). Ini kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging.Rasulullah SAW bersabda, “ Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih utama untuknya.” Rasulullah SAW turut bersabda lagi, “ Ibadat dan ilmu yang disertai dengan memakan rezeki yang haram seperti membina rumah di atas himpunan najis.”

Seterusnya,Imam Ghazali mengingatkan kita agar menjaga kemaluan dari segala yangdiharamkan ke atasnya oleh Allah. Hendaklah ia dipelihara sebagaimana firman Allah, “ Dan mereka yang memelihara akan kemaluan mereka melainkan ke atas isteri mereka atau ke atas hamba sahaya mereka,maka sesungguhnya mereka tiada dicela.”

Tangan turut harus dijaga dengan sebaik-baiknya dari memalukan dan menjatuhkan maruah sesama Islam. Ia juga janganlah digunakan untuk mencapai tujuan yang jahat atau menyuruh berbuat yangharam.Manakala kedua kaki pula hendaklah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat maksiat yang ditegah oleh syarak. Dan juga kedua kaki itu hendaklah dikawaldari menghadap pemerintah yang zalim tanpa sebarang keadaan darurat yangmendesak.Begitulah nasihat Imam Ghazali didalam kitabnya yang agung,‘Bidayatul Hidayah.’ Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota tersebut akan memberi kesaksian diatas apa yang dikerjakan di muka bumi ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah YaaSin, “Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahuKami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.” Wallahu A'lam...

Jumaat, 12 Februari 2010

aur dan tebing & hati dan aqal

alhamdulillah, hari ini direzekikan oleh Allah dengan rezeki berbentuk ilmu dari alkulliyyah di tv3. Tajuk yang dibincangkan pada kali ini adalah berkaitan dengan bisikan syaitan. satu isu yang sangat menarik dan mempunyai perkaitan rapat dngan kehidupan seharian. Ahli panel menyatakan tentang betapa pentingnya kita mempunyai kekuatan hati kerana ianya dapat menjadi benteng untuk kita selamat dari bisikan-bisikan syaitan...yang sentiasa menunggu-nunggu ruang masa yan ada dan peluang untuk membisikkan sesuatu kepada kita agar kita jauh dari Allah dan berbuat sesuatu yang dimurkai Allah.

Ust Zahazan memberi satu analogi yang sangat menarik berkaitan aqal dan hati. Aqal dan hati seperti aur dan tebing. Ibarat sebuah bilik yang mempunyai dinding serta pintu dan isi dalamnya. isi dalam bilik diibaratkan seperti aqal. Jika dinding kuat dan pintu juga ditutup rapat maka isi bilik akan selamat. Itulah analogi yang diberikan...erti atau maknanya begitu mendalam...jika hati kita kuat dan kita dapat menjaga pintu2 hati kita dari dipengaruhi bisikan syaitan, maka aqal kita juga akan akur kepada kehendak hati.Maka lahirlah peribadi yang mulia yang mentauhidkan Allah...yang muslim lagi muttaqin...Majalah solusi isu ke 16 ada menyebutkan bahawa kita tidak boleh hanya menjadi muslim tetapi kita mesti menjadi muslim yang muttaqin...barulah kita akan dipandang oleh Allah dan sentiasa mendapat bantuan dariNya...bantuan siapakah lagi yang paling hebat selain dari mendapat bantuan dari Allah...Sebuah hadis qudsi ada menyatakan bahawa walau seluruh isi alam datang untuk membantu menyelesaikan masalah yg kita hadapi, nescaya mereka semua tidak dapat menolong kita jika Allah tidak menghendaki demikian, sebaliknya jika seluruh isi alam enggan menolong kita tetapi Allah hendak membantu kita maka selesailah permasalahan yang kita hadapi.

Peringatan penting buat diri sendiri agar kita tidak mudah terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa berazam untuk menyesatkan kita. Moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada, tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya dunia yang sungguh sementara ini. Kita juga sangat perlu mengingati Allah di setiap saat dan ketika agar syaitan sentiasa gagal melaksanakan misinya...Mohon doa pada Allah agar Allah sentiasa masuk campur dalam setiap urusan hidup kita...agar kita tidak membuat sebarang keputusan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata...tetapi sentiasa membuat tindakan mengikut apa yang Allah kehendaki.