Khamis, 29 Julai 2010

Sungguh cepat masa berlalu. Sang suria seolah-olah ada menandatangani MOU dengan jam agar jam berputar mengikut rentaknya. Namun kita punya 24 jam yang sama. Jika diminta kita menutup mata dengan tangan terangkat selama 1 minit, kita akan merasa 1 minit itu lama. Tetapi dalam keadaan biasa kita merasakan masa sungguh cepat berlalu. Kenapa?....

Julai sudah sampai ke penghujungnya. Syaaban pun bakal melabuhkan tirai untuk memberi peluang kepada Ramadhan, bulan yang penuh barakah , yang pasti dirindui oleh mereka yang menanti-nantikannya. Hatiku sendiri merasa rindu pada Ramadhan...moga Allah masih memberiku peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan kali ini. Semalam seorang sahabat meminjamkan buku 'travelog haji' untukku membacanya. oh..ada 2-3 buku yang aku kena habiskan dalam masa terdekat ni...masa oh masa.....aku perlu mencari peluang masa untuk buku-buku yang menantikan ku untuk menyelak helaiannya..aku perlu kekuatan dari Allah...

Pagi tadi sempat ku menonton Tanyalah Ustaz di TV9 walaupun untuk 20 minit. 20 minit yang sungguh bermakna. Ustaz HAnafi mengendalikan program ini yang bertajuk "Kekeluargaan Islam". Beliau menyatakan perlunya wujud kasih sayang yang erat dalam keluarga. Suami, isteri dan anak2 perlu sentiasa menunjukkan rasa kasih sayang di antara satu sama lain. Seorang ayah perlu memeluk dan memuji emak setiap hari, perlu memeluk anak-anak setiap hari. Begitu juga emak, perlu melakukan perkara yang sama. Beliau memberikan tips 7 P. Yang sempat ku ikuti hanya 2 , perhatian dan peluk...Beliau menyatakan tentang banyak kepincangan yang berlaku dalam keluarga sekarang ini kerana tiadanya perhatian antara satu sama lain. Kerap berlaku bila si ayah menonton berita di kaca televisyen, dia tiadak akan hiraukan panggilan anak. Kata ustaz Hanafi, suatu masa nanti, anaknya itu akan melakukan perkara yang sama , bila ayah memanggilnya dia tidak akan menyahut panggilan si ayah.

Begitulah suasana yang berlaku ....moga Allah tunjukkan kita jalan untuk membina keluarga 'baiti jannati'.

Khamis, 1 Julai 2010

Catatan 1 July 2010




Sungguh pantas masa berlalu sepantas beburung yang berterbangan di angkasa... Separuh dari tahun 2010 sudah pergi meninggalkan kita. Hari ini saya dan suami perlu ke Hospital Gerik untuk pemeriksaan kesihatan bakal haji musim ini. Lebih kurang jam 2.25 pm kami tiba di hospital. Tuan Hj Hanif dari Tabung Haji Gerik sudah menunggu. Setelah mengisi buku kecil rawatan kesihatan untuk bakal haji, saya terus menuju depan bilik no 3 seperti yang diberitahu oleh Tuan Hj hanif untuk mengambil nombor giliran ambil darah. Kelihatan seorang makcik yang sudah lanjut usianya sedang duduk di tempat menunggu giliran. Saya hanya senyum tanda hormat kepada makcik yang sudah lanjut usianya itu. Nampak dia macam tidak bermaya. Seorang lelaki muda berada berdekatan dengan makcik itu. Tuan Hj Hanif datang kepada makcik itu. Kata beliau, "makcik doalah dengan Allah semoga makcik dapat pergi", saya tak boleh bagi jawapan, doktor yang akan buat keputusan, kalau doktor kata makcik boleh pergi, insyaAllah makcik boleh pergi.., makcik jangan kata tak boleh...doa pada Allah...moga dapat pergi. Selepas itu Tuan Hj Hanif beredar.Suami saya menegur makcik itu, makcik nanti nak pegi ngan sape? sorang je..duit ada Rm18,000, nak pegi 2 orang duit tak cukup..kalau tahun depan mungkin bolehlah pegi 2 orang, ajak anak makcik..Kemudian saya masuk ke bilik rawatan untuk ambil darah..suami meneruskan perbualan dengan makcik tadi sebelum gilirannya tiba..Saya kira nurse yang mengambil darah tadi sangat terlatih sebab tak rasa apa-apa masa darah diambil...

Usai ambil darah ,nurse meminta kami membawa sample darah yang telah dibahagikan ke dalam 3 tiub kecil ke makmal untuk diuji beberapa perkara..result darah akan kami peroleh dalam masa 30 minit. Semasa menunggu keputusan darah, kelihatan makcik tadi dipimpin oleh seorang lelaki muda(anaknya) keluar dari kawasan hospital. Jalannya agak perlahan, perlu dipimpin, mungkin kerana usia yang agak lanjut.

Kemudian , kami ke bahagian pesakit luar pula untuk ambil giliran jumpa doktor..sebelum itu kami melalui beberapa prosedur yang mungkin dilaksanakan untuk semua bakal haji...kami diberi satu nombor 4 angka untuk dihafal...selepas bertanya beberapa soalan, nurse akan tanya semula nombor yang diberi tadi..ini berulang beberapa kali...agaknya untuk uji ingatan...setelah tekanan darah diambil, nurse menyatakan tekanan darah saya agak rendah tapi ok lagi.,..ada sorang makcik tadi tak dapat pegi...kata nurse..sebab tekanan darah dia teruk sangat(saya tidak tahu apa yg dimaksudkan oleh nurse..adakah terlalu tinggi atau rendah). Kesian makcik tu...makcik yang kami jumpa tadi...

Selepas itu kami menunggu giliran sekali lagi untuk berjumpa doktor...alhamdulillah, pemeriksaan kesihatan kami lulus...

Tetapi...malam ini saya terkenang pada makcik tadi,...usianya sudah mencecah 80 an berdasarkan no kad pengenalannya yg kami tengok..bermula dengan angka 23, maksudnya dia dilahirkan pada tahun 1923...terbayang raut wajahnya ...hati saya merasa sangat sedih dan hiba mengenangkannya...terasa ingin berada dekat dengannya dan memegang tangannya...Walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain, saya doakan agar makcik diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah atas niat suci makcik untuk menunaikan ibadat haji yang mungkin tidak terlaksana pada tahun ini kerana faktor kesihatan..Moga makcik digolongkan oleh Allah dalam golongan muslim mukmin yang diredhaiNYA, amin. Moga Allah memberi keizinan buat kami untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini. Kita hanya merancang, Allah jua menentukan...Tiada kekuatan pada kita, melainkan dengan kekuatan yang diberi oleh Allah,...Sesungguhnya Allah jua perancang yang paling hebat.