Jumaat, 10 Julai 2009

Bed Time Story

malam tadi abah bercerita pada im & man tentang alam kubur, pahala & dosa. kak ngah dan adik aqil sudah tidur. Abah cerita, tentang satu analogi oleh imam ghazali : keseronokan hidup di dunia ini ibarat kita masukkan tangan ke dalam lautan yang luas. Bila kita angkat tangan dari dalam air laut itu, di tangan kita hanya ada sedikit air yang membasahi tangan itu. Begitulah ibarat kehidupan dunia dan akhirat. Keseronokan dunia ini hanya sedikit cuma. Abah meneruskan cerita mengenai balasan yang baik untuk hamba yang taat pada Allah. Cerita abah, orang yang baik, kuburnya luas, ada oarang yang jadi peneman kita dan kita berehat seolah-olah kita berada di taman syurga...orang yang tidak baik amalan di dunia ini, kuburnya sempit, dia terseksa di alam kubur, kala, jengking, ular datang untuk menggigit....Im & man diam membisu, nampak takut..Umi menambah, itulah man, sebab tu umi selalu suruh man ikut abah solat dan belajar belajar al qur'an. Im, umi selalu ingatkan im, kalau sedang tengok tv, bila masuk waktu solat, tutup tv, pegi solat. Allah lebih perlu kita besarkan dan utamakan dari tv tu,.Tv tu im,...tak dapat tolong kita di hari akhirat nanti...Aiman yang bakal mencecah umur 5 tahun oktober ini nampak hendak menyuarakan sesuatu. Umi, mari ajar man baca iqra'. man nak belajar...Nanti umi selalulah ingatkan man, man lupa nak belajar..Malam itu man belajar iqra', mukasurat 2 setelah beberapa malam tidak buka iqra'. Lepas tu man solat isyak ngan abah.

Im dulu masa umur 4 tahun, umi dah mula ajar iqra', maklumlah im anak sulung, umi masih sempat memberi tumpuan yang banyak. Kak Ngah pun lebih kurang macam tu. Sekarang mereka dah pun 'mengenal' dan im boleh baca qur'an agak baik walaupun masih perlu ditegur dari segi tajwidnya. Abah ambil alih ajar im kemudiannya sebab umi nak tumpu pada kak ngah. Itulah sebabnya, tumpuan pada man sangat kurang. Baru sekarang, umi nak mula ajar man. maafkan umi man, itu kelemahan umi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan