Isnin, 10 Ogos 2009

Sudah lama tak mencatat

Rasanya telah lebih 2 minggu tak catat apa2 di blog ni. dalam 2 - 3 minggu ni agak sibuk juga. Sebelum tamat julai hari tu, alhamdulillah dalam 2 malam berjaga, saya dapat siapka esei anjuran JAWI. Saja hendak cuba menulis esei berkaitan dengan hal ehwal Islam walaupun tiada kemahiran yang tinggi tetapi minat yang ada mendorong untuk saya menulis esei. Semuanya dilakukan di rumah. Di sekolah tumpuan diberi kepada kerja-kerja di sekolah. Baru minggu lepas siap buat analisa ujian selaras dan pra PMR T3, siap cetak transkrip rasmi pep sem lepas dan transkrip ujian selaras & pra PMR. Alhamdulillah, Allah mudahkan banyak urusan.

Hari ni terpanggil untuk catat sesuatu sementara tunggu kelas berikutnya.

Sejak semalam saya nampak ada seekor ibu kucing sedang resah gelisah mencari tempat berlindung untuk anak-anaknya yg baru dilahirkan. sedih dan sayu sungguh hati ini tetapi kelemahan yg nyata pada diri ini, tak boleh dekat dengan kucing, saya geli yang amat namun perasaan kasihan begitu terasa di jiwa. saya memerhati, rupanya kucing tu sedang mengangkut anak2nya masuk ke bilik guru. Di luar tak selamat sebab ada bapak kucing berkeliaran. Moga ada harapan yang cerah untuk kucing2 itu mendapat tempat berlindung dengan izin Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan