Sabtu, 26 September 2009

Hari Lebaran 1430H

alhamdulillah..Allah masih memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga. Hari Lebaran disambut seperti biasa..cuma rasa bimbang jika berlalunya ramadhan tanpa mendapat keampunan dari Allah. Malanglah nasib insan jika tidak mendapat keampunan dari Allah dengan berakhirnya ramadhan..Harapan yang tinggi digantungkan pada Allah agar diampunkan segala dosa...Moga dipanjangkan usia dan diberi kesempatan waktu untuk bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang..Amin.

Pagi syawal di rumah bonda...
Aiman dan Aqil ikut pergi solat sunat hari raya di masjid Telipot. masjig Telipot dibanjiri ratusan insan..sampai dijalan..kami tidak mendapat tempat di dalam masjid kerana sampai agak lambat. Im dan kak ngah pula ikut tokbah pegi solat di surau berdekatan...mereka nak dengar ayah su baca khutbah..baca khutbah raya sejak 2-3 tahun ni diamanahkan pada hakim(ayah su), satu-satunya adik lelaki yg belajar di sekolah agama, Maa'had Muhammadi...,kini meneruskan pengajian di Pulau Pinang.

Hari raya diisi dengan program ziarah, dari pagi sampai petang.Petang pula ke rumah bonda di PCB...

Rabu, 16 September 2009

Forum Ad deen

Satu malam di bulan Ramadhan, di radio IKIM, forum addeen sedang ke udara...
Antara isi penting penyampaian oleh 2 orang panel :

Ustaz Zul Ramli :
Manusia tidak pernah rancang untuk gagal, cth : institusi keluarga yg runtuh, anak yg sengsara, bapa tak pernah rancang unruk anaknya gagal, organisasi dl, mereka tak pernah rancang untuk gagal tetapi sebenarnya mereka gagal merancang….


Perlu tetapkan matlamat….nak dekat dengan Allah
Nafsu yg biasanya merosakkan

Pesan Rasulullah pd Abdullah Ibnu Umar:
Dalam kehidupan dunia ini jadilah kita sebagai orang dagang
Jadilah seperti orang yg sedang melintas jalan...

Nafsu sentiasa membinasakan : kerana nafsu, gagal qiamullail, gagal buat perkara baik

Nak buat baik, kalau pagi jgn tunggu ptg, kalau petang jangan tunngu pagi

Kisah gout:





Ustaz Zahazan:
Iman tak cukup dengan ilmu, perlu Ilmu amal zikir fikir


Seperti nak masuk universiti ada bbrp kritirea diperlukan seperti juga nak masuk ramadhan.
Ilmu, amal, zikir dan fikir

40 hari tak dengar perkara kebaikan agama : hati mati
Jangan rosakkan uasa semsa berbuka.

Isnin, 14 September 2009

Virus Sakit Mata Merebak

Petang semalam saya ambil najihah dari sekolah, kelihatan mataya kemerahan. Kak ngah sakit mata rupanya, patutlah pagi tadi nampak lain macam matanya. Im memang tak pegi sekolah hari ni sebab sakit mata. Kami terus menuju poliklinik azhar untuk dapatkan rawatan. lamanya menunggu giliran...rasanya hampir 2 jam menunggu giliran jumpa doktor. Kami menunggu dengan sabar. Kak ngah sampai tertidur. Mata saya pun rasa lain macam saje. Gatal dan pedih..rupanya saya juga kena sakit mata. Dr bagi mc 2 hari. Balik rumah tengok mata aqil pun merah juga. Harap dapat pegi sekolah hari rabu nanti sebab ada urusan sekolah yang belum selesai. Hari Rabu malam pula man dan abah pula yang kena. Jadi di akhir ramadhan ni seluruh keluarga kena sakit mata...dengan izin Allah.


Jumaat, 11 September 2009

Cinta di rumah Hassan Al Banna

22 Ramadhan 1430

Selesai menghabiskan bacaan buku 'Cinta di rumah hassan Al Banna', mataku berkaca. Kelemahan diri begitu terasa. Malu rasanya aku pada Allah...Aku merasakan komitmenku sangat lemah dalam mendidik anak-anak seperti yang dikehendaki Allah dan diamalkan oleh Rasulullah . Rasa berdosa pada anak2, maafkan umi, im, kak ngah, man dan aqil.Lantas aku memanjatkan doa kepada pemilik hati ini.."ya Allah pimpinlah aku , bantulah aku, dan berikan kekuatan padaku untuk mendidik anak-anakku menjadi insan mulia disisiMu. Ya Allah panjangkan umurku dan suamiku agar kami berpeluang mendidik anak-anak kami seperti yang Engkau kehendaki "..Amin.

"Hasan al-Banna di mata anak-anaknya adalah orang tua yang telah memberikan cinta tulusnya kepada mereka semua. Bagaimana kelembutannya, kehalusannya, usahanya untuk tidak menyakiti anak-anaknya, semuanya menjadikan mereka anak-anak yang mudah diatur dan menurut. Inilah yg dikisahkan Saiful Islam, ketika dia mengatakan, "Ayah-semoga Allah merahmatinya-sangat lembut perasaannya. Dia sangat memelihara perasaan anak-anak dengan begitu berhati-hati. Dia mempunyai kemampuan yang membuatkan kami patuh tanpa perlu diperintah untuk mentaatinya. Kami menganggapnya sebagai seorang yg berwibawa yg menyebabkab kami senang mengikuti keinginannya dan tidak mahu melawannya" --Cinta di rumah Hassan Al Banna

Rabu, 9 September 2009

Ramadhan kali ini

Program TV9 tanyalah ustaz...
Ada sahaja kesempatan waktu, saya insyaAllah akan membuka channel TV9 seawal jam 6.30 pagi...siri ini disiarkan setiap hari sepena ramadhan ini dari jam 6.30-7.30..Alhamdulillah, banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam rangka kita hendak meningkatkan ilmu pengetahuan yang menjadi syarat penting untuk kita memahami Islam dengan lebih baik. Penyampaian dari Dr Abdul Basit telah memberi kesan kepada saya sendiri, beliau berkata, "Di bulan Ramadhan ini , bacalah alQur'an, biarlah bulan ini kita boleh khatam qur'an...", bukan tidak biasa dengar peringatan sebegitu, tetapi kata2 Dr Abdul Basit di pagi awal ramadhan kali ini sangat menyentuh hati kecil saya...lantas saya berazam untuk khatam al qur'an di bulan ini...dengan pelbagai kerja rumah yang ada....kepada Allah digantungkan pengharapan agar dimudahkanNya segala urusan agar dapat khatam alqur'an di bulan ini....

Perbincangan yang menarik

Hari ini ada perbincangan yang menarik dengan ida(guru bahasa melayu). Ida ada hajat nak buat buletin untuk sekolah. Saya amat tertarik dan gembira dengan hajat hati ida tu. Bolehlah nanti kita berkarya untuk masuk dalam buletin sekolah, kata saya pada ida. saya minat menulis sesuatu walaupun diri ini sebenarnya tak berapa pandai berkarya tetapi minat ada.Kata saya pada ida, nanti ida kena buat tema baru senang nak fokus...

Menulis sesuatu rasanya dapat memberi kepuasan pada diri. kadang-kadang isi hati tak dapat diluahkan dengan kata-kata tapi dapat diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Itulah sebahagian dari nikmat pancaindera kurniaan Allah pada kita. Tak dapat diungkapkan dengan lidah, ada tangan dan jari jemari untuk luahkan isi hati, pandangan atau pendapat.

Sementara menunggu kelas pukul 12.40 kami sempat menjenguk sekejap ke blog genta rasa ustaz pahrol. saya sempat bagitau ida mengenai blog ust pahrol yang padat dengan pengisian untuk jiwa kita kerana artikel yang terkandung di dalamnya berkait rapat dengan kehidupan kita seharian. Sesungguhnya banyak perkara yang perlu dipelajari...teringat pula kata-kata As syahid Hassan Albana, "sesungguhnya kewajipan yang perlu kita tunaikan lebih banyak dari masa yang ada". Betapa berharganya masa.....moga Allah sentiasa memberi kita petunjuk, taufiq dan hidayah agar kita sentiasa dapat memanfaatkan masa yang masih ada pada kita yang bila-bila masa sahaja masa itu boleh putus dari kita, ...bilamana malaikat maut datang menjemput...maka terputuslah hubungan kita dengan makhluk yang bernama MASA.

Diri ini merasakan banyak sungguh perkara yang perlu dipelajari...tapi hati sering berbisik...wahai diri, engkau semakin hampir kepada sebuah kematian...lantas doa sentiasa dipanjatkan agar Allah memanjangkan dan memberkati usia agar dapat merasai nikmat iman dan amal serta dapat mendidik anak menjadi insan yang mulia di sisiNya...Amin...Hanya Allah yang MAHA TAHU segala isi hati....