Sabtu, 22 Disember 2012


Tiada saat yang lebih indah
Dalam detik waktu kehidupan ini
Melainkan ketika menadah kedua tangan
Di waktu sahur..
Dalam kedinginan malam
Merayu pada Mu Ya Allah…
Kurniakan ku dan ahli keluargaku
Iman yang benar
Juga kesentiasaan sedar
Tiada yang lebih bermakna
Melainkan saat merayu pada Mu ya Allah
Rezekikan ku dan ahli keluargaku
Akhlak yang mulia,
Ilmu yang bermanfaat,
Ya Allah,
Malu menyelinap di hati
Saat merayu pada Mu
Agar merezekikan ku dan ahli keluargaku
Jannatul Firdaus
Lantaran amalan tidak seberapa
Juga tidak sempurna…
Namun kami tidak akan mampu
Menanggung api neraka Mu
Kami harap, kami merayu..
Beri kekuatan Ya Allah
Buat Kami meniti sisa usia
Yang masih berbaki
Dalam Petunjuk dan RedhaMU… 

Ahad, 16 Disember 2012

Syurga itu maharnya mujahadah



Petikan ini saya petik dari blog ustaz pahrol (http://genta-rasa.com/2012/12/04/cicipan-iman-dari-yang-derhaka/#more-2318). Marilah kita sama-sama bermuhasabah..perbaiki hati dan perasaan kita agar apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian menepati sepertimana yang Allah kehendaki. Benar,..mengamalkannya tidak semudah pena yang menulis, tidah semudah lidah yang menutur kata…namun kita perlu bermujahadah dan merayu kekuatan dari Allah agar sentiasa memimpin hati dan selur


uh kehidupan kita seperti yang DIA kehendaki….agar kelak kita pulang kepadaNYA membawa sekeping hati yang sejahtera…Amin..Ya Allah…Tiada daya upaya kita melainkan dengan IZINNYA jua…mari kita hayati…





”Apakah kita hanya perlu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita?” tanya saya, mengalih tumpuan.

”Logiknya begitulah. Buat baik kepada yang baik. Buat baik dibalas baik. Ini biasa. Hati kita yang menghukumkan begitu.”

”Soal hati sangat relatif. Hati manusia berbeza-beza. Sedangkan kebaikan dan kebenaran adalah mutlak. Dan inilah asas agama. Kita perlu merujuk kepada agama. Maksudnya kepada Tuhan, maka barulah nanti rasa hati kita tepat dengan kebenaran dan kebaikan yang sebenar.”

”Pernah dengar bagaimana kisah seorang perempuan lacur diampuni Allah kerana memberi minum anjing yang sangat kehausan?” tanya saya.

Dia mengangguk.

”Masih ingat bagaimana Rasulullah s.a.w. menziarahi wanita Yahudi yang sering meletakkan duri dan najis di jalan yang baginda sering lalui?”

Dia mengangguk.

”Pernah baca sejarah ketaatan dan kebaikan Siti Asiah sebagai isteri hatta kepada suaminya Firaun laknatullah?”

Dia mengangguk.

”Apa maksud awak dengan kisah-kisah itu?”

”Kitalah itu… kisah saya dan kisah awak! Dalam hidup, Allah menyuruh kita berbuat baik. Dan suruhan berbuat baik itu Allah tidak bataskan hanya kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalah kebaikan yang pernah diberikan oleh anjing kehausan itu kepada perempuan lacur tersebut? Apalah kebaikan wanita Yahudi yang sering menyakiti Rasulullah? Dan Firaun suami Siti Asiah itu hakikatnya adalah sejahat-jahat manusia. Namun… kejahatan mereka itu dibalas oleh kebaikan… ”

”Payah, hati kita terseksa. Kita telah dizalimi, macam mana nak balas baik lagi?” akuinya terus-terang.

”Itulah salahnya kita… hanya asyik memikirkan kita. Buat baik pun kerana kita, bukan kerana Allah.”

”Apa maksud awak?”

”Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu ertinya kita buat baik kerana diri kita… bukan kerana Allah.”

”Tak faham saya…”

”Apabila kebaikan telah kita rasai, maka timbul rasa nak membalasnya. Baik dibalas baik. Itu kerana diri kitalah. Tapi kalau kerana Allah… lain.”

”Lain macam mana?”

”Kita tetap buat baik, walaupun tidak dibalas baik. Sekalipun kepada orang yang tak buat baik kepada kita…”

”Susah tu… hati kita menolak.”

”Hati kita lagi? Kan masih terikat dengan ’kita’. Ketepikan diri kita. Buatlah baik atas dasar itu perintah Allah. Walaupun kebaikan kita tidak dibalas. Walaupun orang yang kita buat baik itu bukan orang yang baik. Itulah ikhlas. Bukti kita tak harapkan apa-apa balasan kecuali keredhaan Allah.”