Sabtu, 14 November 2009

Kisah Harithah dan Abu Hanifah

Kisah Harithah :



Suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada seorang sahabat yang bernama Harithah berkaitan dengan iman yang ada padanya...



Jawab Harithah, "pada pagi ini imanku berada dikemuncaknya"...Rasulullah bertanya, "kenapa Engkau berkata demikian"...Jawab Harithah,.."Pada pagi ini bila aku bangkit, aku mendongak ke langit dan aku dapat melihat arasy Allah...Kemudian aku juga melihat ahli syurga yang sedang bersenang-senang di dalamnya...Kemudian aku melihat ahli neraka yang sedang memekik-mekik, meraung-raung..meminta tolong.."



Kisah Abu Hanifah :

Bila ditanya kepada beliau berkenaan hari yang paling gembira buatnya..kata Abu Hanifah, "Hari yang paling gembira bagiku adalah bila mana aku bangkit di pagi hari, tiada apa-apa untuk aku makan, tiada apa yang ada untuk aku belanjakan.Hari itu meruapakan hari yang paling gembira buatku kerana pada waktu itu pergantunganku yang hanya pada Allah menjadi lebih teguh dan kuat"

Khamis, 12 November 2009

Catatan duka dan harapan

Panggilan telefon dari seorang rakan karib lama lewat petang ini benar-benar menggusarkan lubuk hati ini. Minda pun mula memproses sesuatu dalam keadaan bercelaru dan berat sebagaimana sebuah komputer memiliki RAM 512 Mb dengan Windows Vista Home Basic....Bagaimana perlu dibantu temanku ini....


Inilah luahan hati seorang isteri ...
"Kalau ada masa lapang , suami banyak habiskan masa untuk tidur aje..kerja rumah yang banyak susah dia nak tolong. Pendidikan anak-anak tidak dihiraukan, semuanya harapkan saya je..Saya rasa sangat penat....setiap hari balik kerja dah dekat kul 6.00...yang saya rasa sangat sedih, nak ajar anak baca iqra' pun tak boleh nak harap....kami sama-sama kerja cari nafkah hidup patutnya pasal pendidikan anak-anak dan kerja rumah kena saling tolong menolong...saya sangat risau masa depan anak-anak......Saya sendiri sebenarnya kurang masa bersama anak-anak, keluar pagi, balik dah dekat malam...anak-anak nampak semakin susah untuk ditegur dan dididik..."


Entahlah....apa yang patut saya katakan.....fikiran menjadi buntu...


Rata-rata hari ini kebanyakan isteri sama-sama mencari nafkah hidup untuk keluarga. Mencari nafkah keluarga di era ini biasanya tidak hanya terpikul di bahu suami. Isteri sama-sama keluar rumah untuk bekerja. Kebanyakan para suami memang menggalakkan isteri bekerja untuk menikmati hidup yang lebih selesa. Di pihak isteri pula, mungkin mereka lebih cenderung untuk bekerja agar ekonomi keluarga lebih kukuh dan menjamin masa depan yang tak pasti.....

Amat menyedihkan bila isteri yang bekerja tidak mendapat kerjasama suami dalam urusan di rumah dan pendidikan anak-anak. Anak-anak adalah permata berharga, harta kita dunia dan akhirat...jika tidak diambil perhatian yang serius mendidik mereka...kesusahan akan berbalik pada kita juga satu hari nanti bila mereka sudah meningkat dewasa, "meluntur buluh biarlah dari rebungnya". Saya sendiri merasa susah hati bila menyentuh soal mendidik anak.....hanya doa dan bantuan Allah diharapkan sentiasa.


Pada teman di kejauhan itu, saya hanya mampu minta dia bersabar dan mengirimkan sms berupa nasihat dan dorongan. Moga Allah membantu dan memberinya jalan keluar dari segala permasalahan yang dihadapi...

Rabu, 11 November 2009

Hari Kualiti MRSM Gerik 2009

Gambar kenangan bersama rakan-rakan


Hari Kualti MRSM Gerik 2009 diadakan di Dewan Persidangan
Gerik pada 6 November 09. Tahniah kepada semua kawan-kawan yang telah menerima anugerah,

Sabtu, 7 November 2009

Terima kasih abah dan anak-anak


Terima kasih pada abah dan anak-anak yang telah menghadiahkan kek buat ummi. Moga Allah melapangkan rezeki buat abah dan anak-anak. Syukur pada Allah kerana masih memberi kesempatan waktu untuk bersama keluarga hingga ke saat ini. Suatu yang pasti, cuma kita tidak tahu bila masanya kita akan dijemput Nya. SEmoga Allah memberkati usia kita....


Kenangan 2009

Lawatan Homeroom ke Taiping

Perancangan hanya bermula 5-6 hari sebelum lawatan iaitu semasa sesi perjumpaan persatuan puteri Islam bersama rakan seperjuangan, ustazah gie. Homeroom Salim Maula dan Amru As akan mengadakan lawatan ke Taiping. Pada mulanya tujuan utama hanyalah untu bawa anak-anak homeroom makan ...tapi seorang teman memberi cadangan agar kami singgah di Kuala Gula yg terletak di batu kurau. Kami cuma surf internet untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kuala Gula yang menjadi tempat persinggahan burung2.


Kami sama-sama bertindak untuk membuat surat permohonan dengan pihak pengetua dan perkara-perkara lain yang patut dibuat setelah mendapat kelulusan. Dengan izin Allah, perancangan kami dipermudahkan NYA. Pada 26 Oktober, lebih kurang 2.30 petang kami bertolak...


Tiba di Kuala Gula lebih kurang pukul 5.30...Bukan kami sahaja yg tak pernah sampai di Kuala Gula ni tapi Abg Rani an Abg Mail, pemandu bas kami juga tak pernah datang ke sini...sampai di Kuala Gula....????...seorang ibu kepada pelajar kami menghubungi kami dan meminta kami tunggu di depan satu bangunan berdekatan KUala Gula...Kami mendapat maklumat dari ibu pelajar berkenaan tentang perkara yang sebenarnya.....Rupanya kalau hendak tengok burung di kuala Gula kena hubungi dulu pihak yang berkenaan kalau tidak tak dapat masuk...dan hanya boleh masuk waktu pejabat...akhirnya kami patah balik menuju ke Taiping Central untuk sesi makan di sebuah restoran. Terima kasih kepada mak amira yang telah bersusah payah membantu kami membuat tempahan makanan....




Kenangan indah bersama teman bicara hati...yang bakal berpindah tak lama lagi....kehilangan pasti akan dirasai...namun itulah sunnatullah..pertemuan akan berakhir dengan perpisahan..Kenangan hampir 9 tahun bersama akan sentiasa terpahat di hati...Moga berbahagia di tempat baru...





Nazeefah turut sama menyertai lawatan ...





Puteri homeroom salim maula









Putera homeroom Salim Maula


Kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat illahi kerana telah mengizinkan kami mengadakan lawatan ini. Ianya sangat bermakna... lebih kurang jam 10.00 malam kami tiba semula di maktab.