Ahad, 25 November 2012

ADA SIAPA DI SEBALIK AKAL DAN HATI YANG SEPAKAT???



Isu masa sering menjadi permulaan bicara hatiku...semua mengakui begitu pantas masa berlalu..mungkinkah sepantas kelajuan cahaya ...atau terasa pantas seperti kelajuan bunyi...
Alhamdulillah...hari ini sempat membaca tulisan dari blog favourite ku..genta-rasa. seperti nama blog, tulisan ustaz pahrol sentiasa dapat dirasai..bukan sekadar bacaan biasa yang hanya menjadi ucapan lidah tetapi terkesan dihati..teringat kata seorang teman..tulisan yg ditulis dari hati, insya Allah kan jatuh ke hati.

Hati merupakan raja kepada diri...kita biasa mendengar, ikut rasa, binasa, ikut hati, mati..benar sekali..hati yang tidak dipandu oleh akal yang waras akan membawa 1001 kerosakan pada insan. bagaimana pula untuk menentukan kewarasan akal??? Kewarasan akal bergantung kepada sejauh mana akal kita dapat berfungsi dengan baik dan sejahtera. bagaimana akal dapat berfungsi dengan baik..akal berfungsi dengan baik jika semua saraf atau neoron di struktur otak kita dapat berfungsi dengan baik.Justeru..bagaimana nak tentukan semua saraf berfungsi dengan baik...jawapannya solat yang sempurna.

Kita biasa mendengar terjemahan ayat 45 dari surah al-ankabut..sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Justeru, solat yang dilaksanakan dengan sempurna, pasti akan menjadi benteng diri insan, mencegahnya dari melakukan kemungkaran. Bukankah setiap kemungkaran itu dilakukan kerana ikut rasa dan hati yang tidak dipandu oleh akal yang waras??? Solat yang dilaksanakan dengan kehadiran rasa, insya Allah akan membentuk akal atau pemikiran yang jernih dan baik mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Marilah kita sama-sama merayu pada Allah agar diberi kita petunjuk, taufik dan hidayah untuk kita benar-benar mendirikan solat dengan penuh penghayatan..cabaran sungguh banyak...seringkali iman diduga...banyak kali juga hati terleka...dek terpaut dengan dunia....sedang hati dan akal sudah sama-sama sepakat dan menyedari...dunia hanya sementara , akhirat kekal abadi....akal seolah-olah terkapai-kapai kelemasan..tak dapat menyelamatkan hati yang kian leka...angkara siapakah ini..jika bukan syaitan yang tidak mengenal putus asa hingga ke detik terakhir kehidupan .. mencari ruang untuk menyesatkan..melekakan...YA ALLAH,..JANGAN SESATKAN KAMI SETELAH ENGKAU BERIKAN KAMI PETUNJUK DAN HIDAYAHMU...PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKAMU..KAMI TIDAK MAMPU MENANGGUNGNYA...BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK BERAMAL DENGAN AMALAN YANG MENDEKATKAN KAMI DENGAN RAHMAT DAN SYURGAMU..