Khamis, 9 Julai 2009

Kehadiran kak Ngah pada 2002




Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang puteri buat umi dan abah, Wan Nur Najihah namanya. Nama Kak Ngah adalah pilihan abah. Umi cuma bersetuju dan suka dengan nama itu. Maksudnya Cahaya Kejayaan. Im masih kecil ketika Kak Ngah dilahirkan di Hospital Gerik. Im baru berusia Setahun 6 bulan. Namun, im nampak sudah bersedia menerima kehadiran adik. Kak Ngah semasa kecil tak banyak meragam. Jarang sekali kak ngah bangkit malam untuk minum susu. Alhamdulillah, sudah tentu Allah jua yang memberi ilham pada anak kecil ini agar tidak banyak meragam. Kak Ngah comel, ikut muka abah. Dengan izin Allah, proses melahirkan Kak Ngah juga agak mudah. kak Ngah dilahirkan dalam suasana yang amat menenangkan, di waktu sunyi sepi kerana di waktu itu, kebanyakan insan sedang masih nyenyak tidur kecuali hamba Allah yang terpilih untuk bangun bertahajud, waktu itu lebih kurang pukul 4.00 pagi. Segala puji hanya layak untuk Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan