Benar
Bukan sekadar pada lisan
Tapi benar juga
Pada hati dan jiwa
Pasti indah lakarannya
Wangi aromanya
Benar
Bukan sekadar pada lisan
Tapi benar juga
Pada amal dan santunnya
Pasti indah
Seindah haruman kasturi
Seindah lakaran pelangi
Ya Rabb
Pimpin hatiku
Hanya pada yang benar
Tunjukkan pada ku
Yang benar itu tetap benar
Yang salah itu tetap salah
Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Jumaat, 25 Mac 2016
Sabtu, 4 April 2015
Ya..pastinya tiada yang lebih baik dariNYA...yang menciptakan kita dari setitis air mani yang hina...
Allah sentiasa Maha Baik..Maha Baiknya Allah tiada dibatasi oleh ruang waktu..Dia Maha Mengetahui setiap rasa yang membekas di hati kita..Dia memahami rasa-rasa itu dengan mendalam...Kehidupan ini tidak akan pernah sunyi dari ujian...setiap diri pasti diuji...sepertimana firmanNYA dalam surah al-baqarah ayat 155-157 :
(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).
mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
Ujian ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa ,...semuanya membekaskan rasa yang pelbagai di dalam jiwa..jiwa menjadi bercelaru dan tidak keruan..Allah sangat memahaminya kerana Dia Maha Mengetahui segala isi hati...bahkan tidak sehelai daun pun gugur di dalam kegelapan malam melainkan Dia Mengetahuinya..Subhanallah....Allahu Akbar..
Oleh itu jadikanlah DIA sebagai teman setia..dalam keadaan susah mahupun senang.. di situlah terletaknya bahagia yang hakiki..Jika ada rasa rindu di hati...tempatkan kerinduan itu pada yang selayaknya kita rindui...
Buku ini sarat dgn ilmu dari pelbagai sudut kehidupan.InsyaaAllah tulisannya membawa kita berfikir dan menginsafi akan kehidupan yg penuh cabaran ini. Cabaran untuk terus kekal dlm keikhlasan ..kekal dlm iman yg bersih dan kekal dlm kebenaran.
Bait-bait yg dinukilkan oleh imam Birgivi begitu menusuk kalbu ini..insyaaAllah mencetuskan rasa hati kita untuk mencari kekuatan buat menjernihkan hati sendiri bagi yg mahu berusaha ke arah itu.
Banyak kisah suka duka kehidupan yg boleh kita jadikan ibrah....
Ikatan ukhuwah yang terjalin antara insan2 berbeza adat dan budaya perlu diteladani... Sepanjang membaca buku ini ada masa saya akan tersenyum sendirian kerana ada sedikit unsur jenaka dalam nada bersahaja yg diselitkan....ada ketika saya menangis sendirian kerana tersentuh dengan bicara imam Birgivi yg dicoretkan di dalam buku ini...
Buat yg blm membaca buku menalar makna diri..dapatkan buku ini dan bacalah dgn suluhan hati...insyaaAllah kan tercetus rasa hati yg sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Ia menyuburkan hati ini dengan iman kepadaNYA...insyaaAllah..moga penulis buku ini sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah dan sentiasa berada dalam bimbingan Allah agar dapat terus menyumbang khazanah ilmu yg amat berharga.
Jazakillahu khairan katsira buat sahabatku..cikgu Siti Meriam kerana meminjamkan buku ini ..moga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah dan kesudian meminjamkan buku ini dinilai olehNYA sebagai amal soleh buat menambahkan timbangan neraca mizan di sana nanti...
Ahad, 5 Oktober 2014
Seringkali bicara hati
Tak terluah dengan kata
Hujung pena jua
Yang melakar
Bicara hati
Kalam syukur
Andai hanya mainan kata
Seperti dedaun
Yang kering
Bertebar di merata alam
Pasrah dibawa angin lalu
Syukur bukan sekadar lisan
Syukur adalah kehidupan
Yang menemani
Di setiap ruang waktu
Dari sinar mentari pagi
Hingga terbenam di ufuk barat
Menelusuri setiap saat kehidupan
Mengharap hanya
RedhaNYA
Tiada yang lebih
Membahagiakan
Dari sujud dan
Bicara sepi
DenganNYA
Tak terluah dengan kata
Hujung pena jua
Yang melakar
Bicara hati
Kalam syukur
Andai hanya mainan kata
Seperti dedaun
Yang kering
Bertebar di merata alam
Pasrah dibawa angin lalu
Syukur bukan sekadar lisan
Syukur adalah kehidupan
Yang menemani
Di setiap ruang waktu
Dari sinar mentari pagi
Hingga terbenam di ufuk barat
Menelusuri setiap saat kehidupan
Mengharap hanya
RedhaNYA
Tiada yang lebih
Membahagiakan
Dari sujud dan
Bicara sepi
DenganNYA
Khamis, 22 Ogos 2013
Bumi Syam Tercinta
Tidak Lena Tidurku
Resah jiwa ini
Mengenangkan Nasib saudaraku tercinta
Di bumi Syam
Maruah wanita suci dinodai
Anak-anak disembelih
Si ayah dibunuh dan terbunuh
Kezaliman paling dasyat
Yang tidak mampu diungkap
oleh bicara lisan atau
bicara tinta
Ya Allah
hanya iringan doa dan munajat
yang mampu ku kirimkan
buat saudara-saudaraku di bumi Syam
Akan ku sematkan
kecintaan pada Allah dan Rasul
buat anak-anak tercinta
agar subur jiwa mereka
dengan iman yang mendalam
demi islam tercinta
Duhai Ibu-ibu sekelian
marilah kita sama-sama
membina kekuatan iman
menguatkan kesabaran
untuk mendidik anak-anak
agar terisi jiwa mereka
dengan iman yang jernih
ilmu yang bermanfaat
fikrah islam yang bersih
Kelak mereka akan
mendukung panji-panji kebenaran
menjadi jundullah
dan syahid di bumi Allah..
Sabtu, 22 Disember 2012
Tiada saat yang lebih indah
Dalam detik waktu kehidupan ini
Melainkan ketika menadah kedua tangan
Di waktu sahur..
Dalam kedinginan malam
Merayu pada Mu Ya Allah…
Kurniakan ku dan ahli keluargaku
Iman yang benar
Juga kesentiasaan sedar
Tiada yang lebih bermakna
Melainkan saat merayu pada Mu ya Allah
Rezekikan ku dan ahli keluargaku
Akhlak yang mulia,
Ilmu yang bermanfaat,
Ya Allah,
Malu menyelinap di hati
Saat merayu pada Mu
Agar merezekikan ku dan ahli keluargaku
Jannatul Firdaus
Lantaran amalan tidak seberapa
Juga tidak sempurna…
Namun kami tidak akan mampu
Menanggung api neraka Mu
Kami harap, kami merayu..
Beri kekuatan Ya Allah
Buat Kami meniti sisa usia
Yang masih berbaki
Dalam Petunjuk dan RedhaMU…
Ahad, 16 Disember 2012
Syurga itu maharnya mujahadah
Petikan ini saya petik dari blog ustaz pahrol (http://genta-rasa.com/2012/12/04/cicipan-iman-dari-yang-derhaka/#more-2318). Marilah kita sama-sama bermuhasabah..perbaiki hati dan perasaan kita agar apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian menepati sepertimana yang Allah kehendaki. Benar,..mengamalkannya tidak semudah pena yang menulis, tidah semudah lidah yang menutur kata…namun kita perlu bermujahadah dan merayu kekuatan dari Allah agar sentiasa memimpin hati dan selur
uh kehidupan kita seperti yang DIA kehendaki….agar kelak kita pulang kepadaNYA membawa sekeping hati yang sejahtera…Amin..Ya Allah…Tiada daya upaya kita melainkan dengan IZINNYA jua…mari kita hayati…
”Apakah kita hanya perlu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita?” tanya saya, mengalih tumpuan.
”Logiknya begitulah. Buat baik kepada yang baik. Buat baik dibalas baik. Ini biasa. Hati kita yang menghukumkan begitu.”
”Soal hati sangat relatif. Hati manusia berbeza-beza. Sedangkan kebaikan dan kebenaran adalah mutlak. Dan inilah asas agama. Kita perlu merujuk kepada agama. Maksudnya kepada Tuhan, maka barulah nanti rasa hati kita tepat dengan kebenaran dan kebaikan yang sebenar.”
”Pernah dengar bagaimana kisah seorang perempuan lacur diampuni Allah kerana memberi minum anjing yang sangat kehausan?” tanya saya.
Dia mengangguk.
”Masih ingat bagaimana Rasulullah s.a.w. menziarahi wanita Yahudi yang sering meletakkan duri dan najis di jalan yang baginda sering lalui?”
Dia mengangguk.
”Pernah baca sejarah ketaatan dan kebaikan Siti Asiah sebagai isteri hatta kepada suaminya Firaun laknatullah?”
Dia mengangguk.
”Apa maksud awak dengan kisah-kisah itu?”
”Kitalah itu… kisah saya dan kisah awak! Dalam hidup, Allah menyuruh kita berbuat baik. Dan suruhan berbuat baik itu Allah tidak bataskan hanya kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalah kebaikan yang pernah diberikan oleh anjing kehausan itu kepada perempuan lacur tersebut? Apalah kebaikan wanita Yahudi yang sering menyakiti Rasulullah? Dan Firaun suami Siti Asiah itu hakikatnya adalah sejahat-jahat manusia. Namun… kejahatan mereka itu dibalas oleh kebaikan… ”
”Payah, hati kita terseksa. Kita telah dizalimi, macam mana nak balas baik lagi?” akuinya terus-terang.
”Itulah salahnya kita… hanya asyik memikirkan kita. Buat baik pun kerana kita, bukan kerana Allah.”
”Apa maksud awak?”
”Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu ertinya kita buat baik kerana diri kita… bukan kerana Allah.”
”Tak faham saya…”
”Apabila kebaikan telah kita rasai, maka timbul rasa nak membalasnya. Baik dibalas baik. Itu kerana diri kitalah. Tapi kalau kerana Allah… lain.”
”Lain macam mana?”
”Kita tetap buat baik, walaupun tidak dibalas baik. Sekalipun kepada orang yang tak buat baik kepada kita…”
”Susah tu… hati kita menolak.”
”Hati kita lagi? Kan masih terikat dengan ’kita’. Ketepikan diri kita. Buatlah baik atas dasar itu perintah Allah. Walaupun kebaikan kita tidak dibalas. Walaupun orang yang kita buat baik itu bukan orang yang baik. Itulah ikhlas. Bukti kita tak harapkan apa-apa balasan kecuali keredhaan Allah.”
Ahad, 25 November 2012
ADA SIAPA DI SEBALIK AKAL DAN HATI YANG SEPAKAT???
Isu masa sering menjadi permulaan bicara hatiku...semua mengakui begitu pantas masa berlalu..mungkinkah sepantas kelajuan cahaya ...atau terasa pantas seperti kelajuan bunyi...
Alhamdulillah...hari ini sempat membaca tulisan dari blog favourite ku..genta-rasa. seperti nama blog, tulisan ustaz pahrol sentiasa dapat dirasai..bukan sekadar bacaan biasa yang hanya menjadi ucapan lidah tetapi terkesan dihati..teringat kata seorang teman..tulisan yg ditulis dari hati, insya Allah kan jatuh ke hati.
Hati merupakan raja kepada diri...kita biasa mendengar, ikut rasa, binasa, ikut hati, mati..benar sekali..hati yang tidak dipandu oleh akal yang waras akan membawa 1001 kerosakan pada insan. bagaimana pula untuk menentukan kewarasan akal??? Kewarasan akal bergantung kepada sejauh mana akal kita dapat berfungsi dengan baik dan sejahtera. bagaimana akal dapat berfungsi dengan baik..akal berfungsi dengan baik jika semua saraf atau neoron di struktur otak kita dapat berfungsi dengan baik.Justeru..bagaimana nak tentukan semua saraf berfungsi dengan baik...jawapannya solat yang sempurna.
Kita biasa mendengar terjemahan ayat 45 dari surah al-ankabut..sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Justeru, solat yang dilaksanakan dengan sempurna, pasti akan menjadi benteng diri insan, mencegahnya dari melakukan kemungkaran. Bukankah setiap kemungkaran itu dilakukan kerana ikut rasa dan hati yang tidak dipandu oleh akal yang waras??? Solat yang dilaksanakan dengan kehadiran rasa, insya Allah akan membentuk akal atau pemikiran yang jernih dan baik mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.
Marilah kita sama-sama merayu pada Allah agar diberi kita petunjuk, taufik dan hidayah untuk kita benar-benar mendirikan solat dengan penuh penghayatan..cabaran sungguh banyak...seringkali iman diduga...banyak kali juga hati terleka...dek terpaut dengan dunia....sedang hati dan akal sudah sama-sama sepakat dan menyedari...dunia hanya sementara , akhirat kekal abadi....akal seolah-olah terkapai-kapai kelemasan..tak dapat menyelamatkan hati yang kian leka...angkara siapakah ini..jika bukan syaitan yang tidak mengenal putus asa hingga ke detik terakhir kehidupan .. mencari ruang untuk menyesatkan..melekakan...YA ALLAH,..JANGAN SESATKAN KAMI SETELAH ENGKAU BERIKAN KAMI PETUNJUK DAN HIDAYAHMU...PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKAMU..KAMI TIDAK MAMPU MENANGGUNGNYA...BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK BERAMAL DENGAN AMALAN YANG MENDEKATKAN KAMI DENGAN RAHMAT DAN SYURGAMU..
Jumaat, 28 September 2012
Alhamdulillah...dengan keizinanMu jua, tinta ini terukir..setelah sekian lama menyepi..
Buat tatapan anak2 ku...bacalah..moga bertambah kekuatan iman di hati...
Ini merupakan ucapan terakhir Ustaz Umar, mujahid yang telah berangkat menemui Tuhannya, ucapan yang ditujukan kepada pemuda pada pertemuan tahunan terakhir di Kaherah sebelum beliau menghembus nafas terakhir beberapa bulan selepas itu. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas khatam al-anbia' dan al-mursalin, Sayyidina Muhammad, ahlinya dan sahabat-sahabatnya. Wahai anak-anak yang dikasihi lagi disayangi Kekuatanku telah longlai, kesihatanku telah lemah, penyakit dan kesakitan timpa menimpa. Benteng kesejahteraan tiada lagi mampu melawan. Tetapi, ketika aku dijemput menghadiri haflah atau perhimpunan dan aku diberi ruang untuk bercakap kepada pemuda, tiba-tiba aku bagaikan direntap keluar dari kelemahan kepada kekuatan, dari sakit kepada sihat. Seluruh jiwa raga dilimpahi kebahagiaan kerana aku akan bertemu dengan pemuda yang merupakan bekalan bagi umat ini untuk masa kini dan hari-hari mendatang. Dan sekalipun kamu pernah mendengar aku bercakap kepada kamu lebih daripada satu kali di mana aku tidak bercakap kecuali tentang keselamatan, keamanan dan kestabilan, jangan menunjuk perasaan, jangan melakukan kerosakan dan elakkan pertembungan. Sekalipun semua itu, aku tidak mengetahui apakah faktor yang menjadikan aku dihalang daripada bercakap kepada para pemuda. Aku tidak dijemput menghadiri suatu perhimpunan untuk bercakap kepada pemuda kecuali aku disekat. Hanya inilah peluang yang dapat diterobos. Itupun aku tidak tahu bagaimana ia datang? Wahai pemuda! Sesungguhnya orang yang berada di sekeliling Rasulullah s.a.w. adalah dari kalangan pemuda!! Umar r.a. berusia 26 tahun. Talhah bin Abdullah, az-Zubair bin al-Awwam, Ali bin Abi Talib, semuanya dari kalangan pemuda. Dan kamu adalah pemuda. Bahkan lebih daripada itu, Rasulullah s.a.w. telah melantik menjadi pemimpin di Najran seorang sahabat bernama Abdullah bin Hazm al-Ansari. Baginda mengutus Abdullah ke Najran untuk mengajar penduduknya agama, mengajar mereka menghafaz al-Quran dan memungut zakat daripada mereka. Tahukah kamu berapa umur sahabat tersebut? 17 tahun. Pemuda yang berumur 17 tahun mengajar agama, menghafazkan al-Quran dan memungut zakat. Inilah yang sedang kita usahakan dengan sungguh-sungguh sekarang. Dakwah Ikhwan Muslimin tidak mencari dan tidak mengingini kecuali untuk melihat sirah serta sunnah Rasulullah s.a.w. terlaksana di negeri ini kerana wilayah ini, dari Iraq ke Maghribi adalah wilayah Islam. Kita adalah kaum muslimin, dari Indonesia ke Maghribi. Adapun dakwah qaumiyyah arabiyyah (kebangsaan Arab) yang dengannya mereka hendak memesongkan kita dari Islam sedikit demi sedkit, sekali-kali tiada tempat di kalangan kita, kaum muslimin. Kita adalah muslimun sebelum yang lain-lain sekalipun negeri tempat tinggal kita berbeza. Kita adalah ummah muslimah sebagaimana firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.” Al-Anbiaa’:92 “Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu – ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.” Al-Mu’minun:52 Inilah hakikat yang kita berusaha keras ke arah merealisasikannya. Dan aku tidak mengetahui kenapa pemuda muslim yang memikul dakwah kepada Allah ini diperangi? Semua pertubuhan, semua parti ada di dalamnya pemuda. Semua pertubuhan menggesa pemudanya supaya bergerak aktif. Sehingga parti kebangsaan yang memerintahpun ada di dalamnya pemuda dan dipanggil dengan gelaran yang khusus. Kenapa hanya pemuda yang berdakwah kepada Allah sahaja yang disekat dan dihalang dari dakwahnya? Namun, dalam semua situasi itu, aku tetap menasihatkan diriku dan diri kamu agar bersabar, tabah dan kuatkan tekad menghadapinya. Jangan memberontak kerana tidak itu mendatangkan kebaikan kepada dakwah. Yang beruntung hanya musuh-musuh negara ini. Wahai pemuda: Kamu memikul dakwah yang paling suci dalam kehidupan ini. Dan kamu diiktiraf oleh semua golongan. Aku mendengar dengan telingaku sendiri pujian kepada kamu. Aku mendengar sebutan yang baik tentang kamu. Aku mendengar kata-kata yang membicarakan keikhlasan kamu, kegigihan dan kesungguhan kamu. Tetapi aku mendengar semua itu dalam majlis-majlis yang tertutup. Apabila orang yang bercakap tentang kebaikan kamu itu keluar di tengah-tengah masyarakat, aku mendengar mereka menuturkan ucapan yang berbeza. Mereka memerangi jamaah Islam, bertindak keras ke atasnya dan memanggilnya pengganas. Mereka lakukan begitu dalam keadaan mereka tahu tentang kamu, tetapi mereka menyembunyikannya. Kenapa? Mungkin aku tahu dan mungkin juga aku tidak tahu. Kalaupun aku tahu, di sana ada sesuatu yang menghalang aku untuk berterus terang mengatakannya. Bukan semua yang diketahui itu mesti diucapkan. Dan sekiranya aku tidak tahu, maka itu merupakan kelemahanku sebagai manusia yang tidak mengetahui sesuatu yang ghaib. Sesungguhnya yang ghaib itu tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t. Wahai pemuda: Sesungguhnya apa yang aku minta daripada kamu, dan kami adalah generasi yang telah mendahului kamu, iaitu kami bawa kepada kamu bendera ini. Kami telah menanggung pelbagai siksa dan sengsara ketika membawanya. Kami dibunuh, dihalau, disera, dipenjara dan sebagainya. Bukan aku berkata begitu. Mahkamah-mahkamah jenayah Mesir yang mengakuinya, di mana setengah prosidur dan penghakiman yang berlaku pada masa itu amat-amat memalukan. Itulah yang telah kami hadapi dan kami tanggungi. Adakah ia menjejaskan keazaman kami walau sekelumit? Sesungguhnya Ikhwan keluar dari setiap mihnah (tribulasi) dengan semangat yang lebih kuat daripada ketika mereka masuk ke dalamnya. Kerana dengan mihnah itu terbongkarlah hakikat mereka (Ikhwan), manusia mengenali tentang mereka. Mereka adalah rijal, pemuda yang memikul dakwah paling suci, mereka menyeru manusia ke jalan paling lurus, mereka menarik keluar umat Islam dari Iraq ke Maghribi dan di tempat-tempat lain dari lembah kehinaan akibat membelakangi kitab Allah s.w.t. Kami sebutkan kata-kata ini kepada kamu, kami ajarkan kamu dan kami dedahkan kepada kamu pengalaman kami pada masa lalu. Kenapa kita ditindas? Bukankah kita berada di dalam zaman orang bercakap tentang demokrasi? Sekalipun aku tidak mengiktiraf perkataan demokrasi, tetapi aku tahu kebebasan di dalam Islam. demokrasi adalah ciptaan manusia, sedangkan kebebasan adalah satu daripada anugerah Allah. Alangkah jauhnya antara keduanya. Demokrasi yang kita perkatakan tentangnya, apabila kita bandingkan dengan demokrasi yang berlaku di luar sana sangat pelik. Terlalu pelik. Aku mengenali setengah negara beraja yang diperintah oleh seorang raja, sesiapapun dari kalangan manusia, di mana-mana tempat yang jauh dari kesesakan jalan, boleh mengkritik raja dan pemerintahannya, dan tiada siapapun yang mampu menghalangnya. Adapun di sini, kita mencari satu medan kita tidak menemuinya, kita menyewa satu ruang, pintu ditutup di hadapn kita. Maka di manakah yang dikatakan demokrasi? Aku yakin kamu tahu atau kamu baca sebagaimana kami telah baca bahawa telah sabit kesalahan presiden Amerika Syarikat bahawa dia melakukan intipan ke atas parti lawan. Maka kes itu menjadi sebab dia meletakkan jawatan presiden USA kerana itu dianggap telah melanggar sempadan sistem demokrasi. Aku tidak mengetahui bagaimana kita hidup? Di pintu pejabat, mata-mata gelap berlegar di dalam dan di luar, termasuk di rumahku juga. Tetapi aku tidak menoleh kerana tidak penting bagiku sama ada aku tetap berada di rumah atau di penjara. Kedua-duanya sama sahaja bagiku. Sesungguhnya aku, dengan rahmat Allah, telah menyerahkan urusanku dan ruhku kepada Allah s.w.t. Dialah yang melakukan apa yang dikehendakiNya. Semua tindakan mereka tidak penting bagiku. Di setiap tempat telefon diawasi. Kenapa? Adakah kita ini musuh kepada Mesir? Adakah kita ini musuh kepada tanah air ini? Sebenarnya kitalah warga yang paling ikhlas kepada tanah air ini. Kitalah orang yang mengembalikan keamanan, kestabilan negeri ini sehingga presiden mampu bergerak di jalan-jalan dan lorong-lorong di Kaherah dengan berjalan kaki tanpa rasa takut, tanpa dikawal oleh ribuan pasukan keselamatan untuk menjaga keamanan jalan-jalan. Kenapa? Adakah kita telah kehilangan kepercayaan kepada satu sama lain? Adakah presiden tidak percaya kepadaku dan aku tidak percaya kepadanya. Kami percaya kepada presiden, tetapi mereka? Kami tidak menyeru kepada menggulingkan kerajaan. Kami menyeru kepada mengislahkan kerajaan. Kalau ditawarkan kepada kami kementerian, kami menolaknya kerana kami tidak meminta kerajaan, tetapi kami meminta kerajaan yang adil, siapapun yang menerajui pemerintahan ini. Wahai pemuda: Nasihatku kepada kamu, peganglah dakwah ini. Peganglah hingga ke titisan terakhir darah kamu, sehingga ke detik terakhir nafas kamu. Berpeganglah dengan janji Allah. Berpeganglah dengan tali Allah yang kukuh. Tidak ada tempat kembali, tidak ada tempat selamat kecuali dengan kembali kepada Allah s.w.t. Seandainya kerajaan-kerajaan di zon ini berpakat untuk sesuatu perkara yang mendatangkan faedah kepada tanah air mereka, nescaya keadaan ini akan berubah, nescaya kedudukan zon ini akan bertukar, nescaya kita menjadi satu kekuatan yang benar-benar dipandang orang, nescaya Israel, Amerika dan Russia tidak akan mampu membuat kerosakan di benua kita atau mengacau bilaukan maruah kita serta kehurmatan kita sebagaimana yang sering kita baca di akhbar-akhbar. Wahai pemuda: Aku menasihati kamu, khususnya para siswa supaya kamu berpegang kepada akhlak yang mulia dengan guru-guru kamu di kuliah-kuliah. Jangan berbuat perkara yang tidak baik terhadap guru, jangan bersikap kasar walaupun mereka tidak sealiran dengan kamu. Wahai pemuda: Kami kemukakan hal ini kepada kamu, dan kami menegaskan bahawa para duat kepada Allah sering menghadapi pelbagai ujian. Sesiapa yang benar-benar bersedia untuk menjual dunia ini dan membeli akhirat, membeli syurga yang lebarnya antara langit dengan bumi, maka masukilah medan ini, pikullah kalimah Allah, katakanlah kebenaran dengan beradab, dengan matang, rasional, jelas dan berlandaskan hujjah. Dan usah peduli apa yang akan menimpanya selepas itu. Tidak ada sesuatupun yang berlaku di dalam alam ini kecuali mengikut ketentuan Allah s.w.t. Demi Allah, jika kita bertasbih dengan memuji para pemerintah siang dan malam, pada hal mengikut ketentuan Allah kita akan masuk penjara, kita tetap akan masuk penjara. Dan kalau kita tegur mereka siang dan malam dengan teguran yang membuatkan mereka rasa tertekan, pada hal tidak ada dalam ketentuan Allah kita akan masuk penjara, kita pasti tidak akan masuk penjara. Semua perkara di dalam alam ini mengikut ketentuan Allah sejak azali, pada hari Dia menciptakan langit dan bumi dan menurunkan manusia di muka bumi ini. Semuanya telah tertulis, apa yang akan menimpa manusia seorang, seorang. Dia mengetahui setiap peristiwa yang akan berlaku satu persatu. Maka kenapa kita takut? Menunjuk perasaan dengan kekuatan, mencela guru-guru, membaling bangunan universiti dengan anak batu, memecah dan meruntuhkan, semua itu bukan akhlak pendakwah Islam. Pendakwah kepada Allah ialah pendakwah kesejahteraan dan keamanan. Aku tidak dapat menggambarkan pemuda yang menyeru kepada Allah, pemuda yang di dalam hatinya mantap kefahaman tentang dakwah kemudian dia mengganas, meruntuhkan, memukul dan mengasari. Agama ini adalah din yang sejahtera. Muhammad s.a.w. adalah rasul kesejahteraan. Allah s.w.t. antara NamaNya yang Husna ialah as-Salam. Wahai pemuda: Kita hanya wajib melaksanakan apa yang diwajibkan ke atas kita melaksanakannya. Adapun natijah adalah milik Allah s.w.t. Kamu membaca di dalam al-Quran ayat (dan katakanlah: beramallah) dan kamu tidak akan temui satu ayatpun, yang terdapat perintah supaya kita tanggung natijah amal kita. Kita wajib beramal, kita jangan memandang lamanya masa, atau kita berkata telah berlalu puluhan tahun, namun kita tidak juga sampai kepada natijah. Sesungguhnya kita telah melalui perubahan yang sangat banyak. Pada permulaan dakwah ini, tuntutan supaya melaksanakan Syariat Allah merupakan satu jenayah. Seseorang ditangkap dan dibicarakan kerana tuntutan ini. Dan dakwah terus bergerak dan bergerak ke hadapan sehingga sekarang ini kamu telah baca bahawa semua parti politik di Mesir, ketika mereka mengemukakan hasrat memasuki pilihanraya yang lalu, agenda pertama yang mereka bawa ialah melaksanakan Syariat Islam. Ini merupaka satu kejayaan yang tidak terbatas. Kejayaan yang sangat besar kepada dakwah Ikhwan Muslimin. Perlembagaan negara mengandungi peruntukkan berikut: "Agama rasmi bagi negara adalah Islam". Ungkapan ini sebenarnya tiada makna kerana kita adalah umat Islam. Namun dakwah Ikhwan Muslimin menggesa kerajaan agar menyebutkannya di dalam perlembagaan. Dan tertulislah di dalam perkara dua: "Bahawanya Syariat Islam adalah sumber utama perundangan bagi negara ini". Justeru, kita sebenarnya menapak ke hadapan langkah demi langkah secara perlahan-lahan. Dan ketika aku mengadakan pertemuan akhir-akhir ini dan membincangkan tentang pelaksanaan Syariah di dewan rakyat dan pendapat Ikhwan mengenainya, mereka menyatakan pandangan mereka: kami tidak mahu menekan dan menyusahkan. Kami menyeru supaya diperundangkan Syariah Islam secara perlahan-lahan supaya tidak timbul kekeliruan. Setengah hakim, peguam dan wakil-wakil rakyat tidak mengkaji Syariah Islam. Majority terbesar dari kalangan mereka tidak tahu langsung tentang pengajian Islam. Maka bagaimana aku hendak menuntut satu kaum yang tidak belajar tentang sesuatu supaya melaksanakannya? Jadi kita wajib menghadapi dengan lembut, sedikit demi sedikit sehingga mereka menghayati apa yang kita serukan kemudian mereka menjalankan peranan mereka sebagaimana yang sepatutnya mereka jalankan. Wahai pemuda: Aku menyeru kamu supaya bersabar dengan kesabaran yang cantik (sobrun jamil). Sobrun jamil itu ialah kesabaran yang tiada sungutan bersamanya. Tidak ada ungkitan dan tidak ada putus asa kerana Allah s.w.t. berfirman maksudnya: (Dan kesudahan (yang baik) itu untuk orang yang bertaqwa). Wahai pemuda: Sesungguhnya peranan kamu sangat besar dan sangat penting. Dan pandangan kamu tentang semua perkara mestilah didasarkan kepada kajian dan penelitian yang sangat teliti. Aku bersumpah dengan sumpah yang benar di mana aku tidak berdosa dengan sumpah tersebut bahawa sekiranya kita melkasanakan Syariah Allah di negeri ini, sudah tentu keadaan akan berubah dengan suatu perubahan yang tidak pernah digambarkan sama sekali oleh mana-mana insan. Inilah peranan kamu. Inilah tanggungjawab kamu. Kamu sebagai penuntut, doktor, peguam atau jurutera, kamu ada kawan-kawan, ada keluarga, ada saudara mara yang boleh kamu mantapkan kefahaman ini di persekitaran kamu, tempat kamu tinggal dan bekerja. Ini satu lagi manifestasi yang indah yang kita lihat berlaku di kalangan kaum wanita. Pernahkah kita lihat pemandangan seperti ini sebelum tersebarnya dakwah Ikhwan? Atau pemandangan yang hampir serupa dengannya? Sesungguhnya aku belajar di fakulti undang-undang tahu 1931. Di situ hanya terdapat seorang sahaja pelajar perempuan, tetapi sedihnya dia tidak memakai pakaian keislaman. Hari ini kita lihat di fakulti perubatan, kejuruteraan dan pertanian di sebuah universiti, malah di semua unversiti, mahasisiwinya beriltizam dengan pakaian Islam sepenuhnya. Ini adalah satu kurniaan Allah hasil dakwah Ikhwan Muslimin. Oleh itu aku menyeru kamu wahai ikhwah, janganlah kamu berpada hanya sekadar menjadi akh muslim, atau berpuas hati sekadar dirinya telah bersolat, berpuasa dan bermujahadah. Jangan! Menyebarkan dakwah itulah yang dituntut daripada kamu, setiap orang. Maka, awas kamu! Jangan berlengah, jangan bermalas, jangan berasa berat untuk melaksanakan kewajipan ini. Awas! Jangan kamu tanggalkan baju yang telah dipakaikan Allah kepada kamu dengan memilih Muhammad s.a.w. sebagai ikutan dan pemimpin kamu. Wahai pemuda: Aku wasiatkan kamu agar bersabar. Aku bercita-cita kalaulah aku dapat berbicara dengan kamu lebih banyak daripada ini, atau aku dapat ucapkan semua yang ada padaku. Namun, sayang sekali aku tidak mampu. Aku mengucapkan kata-kataku ini dan memohon ampun kepada Allah untuk diriku dan kamu. Aku serahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Umar at-Tilimsani Al-Mursyid al-'Aam lil-Ikhwan al-Muslimin http://shafikaanuar7dayz.blogspot.com/

Selasa, 18 Januari 2011
First post 2011

Alhamdulillah, praise be to Allah, the most gracious and merciful. With His Will, both of us had fulfil the fifth pillars of Islam.
Most of the time, those sad moments do disturb my emotion as ,..one day it will be my turn...I pray to Allah, so that when the time comes, my heart has a true and deep faith to Allah and Allah will accept me as a good muslim...
Rabu, 29 September 2010
Kenangan di KLIA
kanak-kanak sentiasa riang walau di mana sahaja mereka berada.

Bagasi terlebih muatan, terpaksa keluarkan sebahagian kecil barang.

Gadis kecil ini bercita-cita untuk menjadi seorang saintis. Semoga Allah memberkati hidupnya dan kelak dapat memberi sumbangan kepada Islam.

InsyaAllah satu hari nanti jika Allah izin dan umi dan abah masih ada di dunia ini, umi dan abah akan hantar aqil pula menuntut ilmu di bumi anbiya'

Terima kasih yang tidak terhingga buat 'abah' yang sudi membawa kami menghantar cik ain ke KLIA. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan buat 'abah'.

Cik ain semakin gelisah untuk meninggalkan keluarga tetapi demi untuk menuntut ilmu segalanya perlu dilalui dengan tabah.

Bersama ma dan abah yang tercinta. Terima kasih atas segala pengorbanan membesarkan kami. Semoga Allah merahmati hidup ma dan abah dan memberikan sebaik-baik balasan kerana telah membesarkan kami sedari kecil hingga dewasa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cik Ain diperantauan.

Isnin, 23 Ogos 2010
Kita pun ke situ jua akhirnya.
Satu demi satu berita kepergian orang yang dikenali samada yang mempunyai hubungan rapat atau tidak seringkali membuatkan jiwa ini terasa sempit. Seakan terasa tak lama lagi giliranku pula akan tiba. Tak dapat dibayangkan bagaimana hendak berhadapan dengan sakaratul maut, bagaimana mahu menjawab soalan malaikat di alam barzakh nanti...mampukan iman yang rapuh ini menjawab semua soalan yang disoal nanti...apakah alam barzakh nanti akan menjadi taman syurga buat diriku atau ..?..tak mampu untuk dinyatakan...
Sebelum ramadhan menjelma tempohari, seorang bekas anak didik sekolah ku telah dijemput pulang kepada penciptaNya dalam usia baru mencecah 19 tahun. Semoga Allah merahmatinya. Terbaru, seorang yang agak rapat dengan keluarga kami juga turut menerima jemputan ke alam barzakh. 'Wan' telah pergi meninggalkan alam dunia ini untuk singgah sementara di alam barzakh. Ku doakan moga roh 'wan' berada dalam rahmat Allah. Wan mengalami ketumbuhan di buah pinggang dan dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan. Selepas 'operation', wan tidak sedarkan diri lebih 2 minggu hingga akhirnya beliau pergi buat selama-lamanya, begitu suratan takdir untuknya.
Bagaimana pula dengan nasib ku dan ahli keluargaku yang lain?...Sesungguhnya kematian adalah suatu yang sangat dekat dengan kita. Ia adalah pemutus kepada segala kenikmatan hidup di dunia ini. Kita adalah milik Allah, maka Allah mempunyai hak yang mutlak untuk memanggil kita semula bila tiba masa yang telah ditentukan untuk kita. Moga Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya yang berpanjangan buat kita.

Selasa, 10 Ogos 2010
Ramadhan Yang Dinantikan
Alhamdulillah, pagi ini Allah merezekikan sedikit kesempatan masa untukku menonton tanyalah ustaz yang dikendalikan oleh ustaz zahazan. walaupun hanya untuk 30 minit, tetapi ianya amat bermakna kerana ianya sarat dengan ilmu yang bermanfaat. Ustaz menyentuh perkara berikut:
1. Ramadhan disebut sebagai institusi, sekolah, universiti atau madrasah kerana natijah dari ramadhan adalah taqwa pada Allah.
2. Seorang guru beliau ada menyatakan, kita mesti dapat merasai bila Allah berfirman, "wahai orang-orang yang beriman", kita mesti ada rasa Allah menujukan panggilan itu untuk kita. Analoginya,...jika tiba2 dibuat pengumuman, "kepada pemilik kereta yang bernombor WGA 4015, sila alihkan kenderaan anda kerana ia telah mengganggu lalulintas", kita pasti akan rasa, eh..itu kereta saya tu...jadi begitulah kita patut merasakan bila Allah menujukan ayat "wahai orang-orang beriman".
3. Seseorang manusia itu dibina berasaskan 5 komponen,..seperti atau ibarat sebuah pokok. % komponen itu terdiri dari akar, batang, daun, bunga dan buah. Buah itulah yang dikatakan taqwa. Seseorang yang beriman tidak semestinya dia bertaqwa tetapi orang bertaqwa adalah seorang yang beriman.
begitulah antara sedikit catatan yang sempat diambil.

Sabtu, 7 Ogos 2010
Catatan Perjalanan
Khamis, 29 Julai 2010
Sungguh cepat masa berlalu. Sang suria seolah-olah ada menandatangani MOU dengan jam agar jam berputar mengikut rentaknya. Namun kita punya 24 jam yang sama. Jika diminta kita menutup mata dengan tangan terangkat selama 1 minit, kita akan merasa 1 minit itu lama. Tetapi dalam keadaan biasa kita merasakan masa sungguh cepat berlalu. Kenapa?....
Julai sudah sampai ke penghujungnya. Syaaban pun bakal melabuhkan tirai untuk memberi peluang kepada Ramadhan, bulan yang penuh barakah , yang pasti dirindui oleh mereka yang menanti-nantikannya. Hatiku sendiri merasa rindu pada Ramadhan...moga Allah masih memberiku peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan kali ini. Semalam seorang sahabat meminjamkan buku 'travelog haji' untukku membacanya. oh..ada 2-3 buku yang aku kena habiskan dalam masa terdekat ni...masa oh masa.....aku perlu mencari peluang masa untuk buku-buku yang menantikan ku untuk menyelak helaiannya..aku perlu kekuatan dari Allah...
Pagi tadi sempat ku menonton Tanyalah Ustaz di TV9 walaupun untuk 20 minit. 20 minit yang sungguh bermakna. Ustaz HAnafi mengendalikan program ini yang bertajuk "Kekeluargaan Islam". Beliau menyatakan perlunya wujud kasih sayang yang erat dalam keluarga. Suami, isteri dan anak2 perlu sentiasa menunjukkan rasa kasih sayang di antara satu sama lain. Seorang ayah perlu memeluk dan memuji emak setiap hari, perlu memeluk anak-anak setiap hari. Begitu juga emak, perlu melakukan perkara yang sama. Beliau memberikan tips 7 P. Yang sempat ku ikuti hanya 2 , perhatian dan peluk...Beliau menyatakan tentang banyak kepincangan yang berlaku dalam keluarga sekarang ini kerana tiadanya perhatian antara satu sama lain. Kerap berlaku bila si ayah menonton berita di kaca televisyen, dia tiadak akan hiraukan panggilan anak. Kata ustaz Hanafi, suatu masa nanti, anaknya itu akan melakukan perkara yang sama , bila ayah memanggilnya dia tidak akan menyahut panggilan si ayah.
Begitulah suasana yang berlaku ....moga Allah tunjukkan kita jalan untuk membina keluarga 'baiti jannati'.

Khamis, 1 Julai 2010
Catatan 1 July 2010

Usai ambil darah ,nurse meminta kami membawa sample darah yang telah dibahagikan ke dalam 3 tiub kecil ke makmal untuk diuji beberapa perkara..result darah akan kami peroleh dalam masa 30 minit. Semasa menunggu keputusan darah, kelihatan makcik tadi dipimpin oleh seorang lelaki muda(anaknya) keluar dari kawasan hospital. Jalannya agak perlahan, perlu dipimpin, mungkin kerana usia yang agak lanjut.
Kemudian , kami ke bahagian pesakit luar pula untuk ambil giliran jumpa doktor..sebelum itu kami melalui beberapa prosedur yang mungkin dilaksanakan untuk semua bakal haji...kami diberi satu nombor 4 angka untuk dihafal...selepas bertanya beberapa soalan, nurse akan tanya semula nombor yang diberi tadi..ini berulang beberapa kali...agaknya untuk uji ingatan...setelah tekanan darah diambil, nurse menyatakan tekanan darah saya agak rendah tapi ok lagi.,..ada sorang makcik tadi tak dapat pegi...kata nurse..sebab tekanan darah dia teruk sangat(saya tidak tahu apa yg dimaksudkan oleh nurse..adakah terlalu tinggi atau rendah). Kesian makcik tu...makcik yang kami jumpa tadi...
Selepas itu kami menunggu giliran sekali lagi untuk berjumpa doktor...alhamdulillah, pemeriksaan kesihatan kami lulus...
Tetapi...malam ini saya terkenang pada makcik tadi,...usianya sudah mencecah 80 an berdasarkan no kad pengenalannya yg kami tengok..bermula dengan angka 23, maksudnya dia dilahirkan pada tahun 1923...terbayang raut wajahnya ...hati saya merasa sangat sedih dan hiba mengenangkannya...terasa ingin berada dekat dengannya dan memegang tangannya...Walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain, saya doakan agar makcik diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah atas niat suci makcik untuk menunaikan ibadat haji yang mungkin tidak terlaksana pada tahun ini kerana faktor kesihatan..Moga makcik digolongkan oleh Allah dalam golongan muslim mukmin yang diredhaiNYA, amin. Moga Allah memberi keizinan buat kami untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini. Kita hanya merancang, Allah jua menentukan...Tiada kekuatan pada kita, melainkan dengan kekuatan yang diberi oleh Allah,...Sesungguhnya Allah jua perancang yang paling hebat.
Jumaat, 11 Jun 2010
Catatan 10 Jun 2010
Alhamdulillah, hari ini Allah mengizinkan untukku membaca majalah solusi isu ke 20, Belajar daripada Alam. Aku hampir menghabiskan separuh dari majalah itu . Sungguh indah isi kandungannya, banyak yang dapatku pelajari...Tulisan gaya bersahaja tapi penuh makna oleh penulis yang kuminati, Fatimah Syarha ...Ruangan Tanbih oleh Noraslina Jusin sangat terkesan di hati...Begitu juga ruangan HaiAnak oleh Rashidah Mustaffa,...menjadi hidangan yang enak buat hati ini. Kelemahan diri kian terasa bila bertambahnya pengetahuan baru serta peringatan yang diperoleh hasil dari bacaan. Jauh di sudut hati, kupanjatkan doa pada Allah agar memberiku kekuatan dan menguatkan kesabaranku dalam urusan seharian terutama dalam mendidik anak-anak permata hatiku agar mereka menjadi insan yang mulia di sisiMu, ya Allah,Amin. Isu "Belajar daripada Alam" oleh Ketua Editor Majalah Solusi, Ustaz Pahrol diterangkan secara bersahaja tetapi sarat dengan peringatan dan ilmu yang bermanfaat.
Benar, kita perlu banyak belajar dari alam. Akan terasa maha kerdilnya diri ini bila kita belajar daripada alam. Cukuplah dengan melihat ke dalam diri sendiri dan bila kita mendongak ke langit yang tiada bertiang,..Maha Hebat ciptaan alam ini oleh yang Maha Segalanya.
Aku juga membaca cerpen yang telah lama dikumpul dan dilekatkan dalam buku,...Cerpen "Teman, cukuplah kami" oleh Ummu Hani Abu Hassan menarik hatiku, begitu juga cerpen "Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah" oleh Mawar Shafei menyentuh perasaan.
Yang baik itu budi.
Yang Indah itu bahasa.
Maha Hebat Allah yang menciptakan pelbagai rumpun bangsa dengan berbeza bahasa di muka bumi ini.
Rabu, 2 Jun 2010
Catatan Duka 1 Jun 2010
Pagi itu kami dikejutkan dengan berita pilu seorang rakan. Beliau diuji dengan musibah besar iaitu kematian suami tercinta yang berada di kejauhan. Berita ini sangat menyentuh hati dan sanubari kami. Kematian seseorang yang begitu hampir dengan kita sudah tentu meruntun perasaan dan ianya sudah tentu sukar untuk digambarkan dan diluahkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui secara mendalam perasaan hati insan yang mengalami. Lebih menyayat hati bila mengenangkan anak yang baru sahaja disambut ketibaannya di muka bumi ini,...sudah kehilangan ayahanda tercinta. Teringat pada kisah Rasulullah s.a.w, ayahandanya Abdullah telah pergi meninggalkannya sewaktu baginda masih di dalam kandungan ibundanya, Aminah. Moga 2 orang putera kembar rakanku itu membesar menjadi insan yang hebat dan mulia di sisi Allah. Kepada rakanku yang diuji oleh Allah dengan ujian yang hebat ini, kukirimkan sms :
Takziah diucapkan atas ujian berat yang menimpa. Moga Allah kuatkan kesabaran dan mudahkan segala urusan. InsyaAllah, Allah pasti membantu. Setiap kesusahan yang datang, ada kesenangan yang mengiringi. Tabahkan hati, moga kesabaran itu digantikan oleh Allah dengan balasan syurga di akhirat kelak.
Diri ini tidak mampu menahan sebak. Kematian insan tersayang adalah suatu ujian hebat untuk kita.Namun setiap yang bernyawa sudah pasti akan merasai mati. Sesungguhnya kematian adalah suatu yang begitu dekat dengan kita. Baru sahaja halaqah di TV9 membincangkan 'sakaratul maut', Dr Zulkifli Al Bakri dan Ustaz Roslan menjadi ahli panelnya. Perbincangan tersebut begitu bermakna.
Moga roh suami rakanku ditempatkan bersama mereka yang beriman..Al fatihah..

Isnin, 10 Mei 2010
Everything goes wrong today
In a hurry I hang all the clothes, because my class will start early in the morning, 7.40. It's 7.33 when I got out from the house, just walking cause it will take only a few minutes to punch in. 7.38, I pressed the thumb nail to the machine's sensor. In a hurry again I took the movie "Racing Stripes' from Shaza's table. When I arrived at the class, there was already a teacher inside. I knocked on the door..."Kal, I'm sorry, is it your class right now", aiman said, "teacher the SCOPE class will be at 8.20.", "Oo...is it?, "I'm sorry Kal". Then I went to the lab to play the movie. O..No, it didn't work because the the computer in the lab didn't support DVD. I went to the library to book for the show room. Unfortunately, the showroom has been booked by other teacher. No other way to think of, I went home to take my Laptop. I brought it to the computer lab...got all the cables plugged, then alhamdulillah, it works...it's 8.20, I went to alnilam's class, there was no one...Aiman said the class will start at 8.20 am..where are all the students?...I took a glance at the time table paste on the class board...O...it's 9.00 o'clock..
I continue doing a few tasks...then at 9.00 I went to the class and told the class that todays acticvity is watching movie entitled 'Racing stripes' and they are going to present the summary of the story.The class ended at 10.20. O...my next class will be at 10.40. I went to the class and there was a teacher inside..O..no again I made a mistake...it's because I didn't have the timetable with me..it's in the 'folio' which I've submitted to the principle yesterday.Maybe it will start at 11.20...the teacher is still there. When will the class start..At last I went to the principle's room, take the 'folio' and it's 12.00 o'clock. My class will start at 12.00 o'clock...I feel so tired today....the class will end at 1.20 and I 'm rushing again to fetch my 3 children at the school which took abaout 20-25 minutes for me to drive there...

Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)