Khamis, 29 Julai 2010

Sungguh cepat masa berlalu. Sang suria seolah-olah ada menandatangani MOU dengan jam agar jam berputar mengikut rentaknya. Namun kita punya 24 jam yang sama. Jika diminta kita menutup mata dengan tangan terangkat selama 1 minit, kita akan merasa 1 minit itu lama. Tetapi dalam keadaan biasa kita merasakan masa sungguh cepat berlalu. Kenapa?....

Julai sudah sampai ke penghujungnya. Syaaban pun bakal melabuhkan tirai untuk memberi peluang kepada Ramadhan, bulan yang penuh barakah , yang pasti dirindui oleh mereka yang menanti-nantikannya. Hatiku sendiri merasa rindu pada Ramadhan...moga Allah masih memberiku peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan kali ini. Semalam seorang sahabat meminjamkan buku 'travelog haji' untukku membacanya. oh..ada 2-3 buku yang aku kena habiskan dalam masa terdekat ni...masa oh masa.....aku perlu mencari peluang masa untuk buku-buku yang menantikan ku untuk menyelak helaiannya..aku perlu kekuatan dari Allah...

Pagi tadi sempat ku menonton Tanyalah Ustaz di TV9 walaupun untuk 20 minit. 20 minit yang sungguh bermakna. Ustaz HAnafi mengendalikan program ini yang bertajuk "Kekeluargaan Islam". Beliau menyatakan perlunya wujud kasih sayang yang erat dalam keluarga. Suami, isteri dan anak2 perlu sentiasa menunjukkan rasa kasih sayang di antara satu sama lain. Seorang ayah perlu memeluk dan memuji emak setiap hari, perlu memeluk anak-anak setiap hari. Begitu juga emak, perlu melakukan perkara yang sama. Beliau memberikan tips 7 P. Yang sempat ku ikuti hanya 2 , perhatian dan peluk...Beliau menyatakan tentang banyak kepincangan yang berlaku dalam keluarga sekarang ini kerana tiadanya perhatian antara satu sama lain. Kerap berlaku bila si ayah menonton berita di kaca televisyen, dia tiadak akan hiraukan panggilan anak. Kata ustaz Hanafi, suatu masa nanti, anaknya itu akan melakukan perkara yang sama , bila ayah memanggilnya dia tidak akan menyahut panggilan si ayah.

Begitulah suasana yang berlaku ....moga Allah tunjukkan kita jalan untuk membina keluarga 'baiti jannati'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan